Friday, March 29, 2013

ahli baru lagi...




salam jumaat. alhamdullillah.penutup bulan mac ini.selamat lahir seorang hamba allah melihat dunia...terasa tua pula. bila dipanggil auntie. but it's k. Uwais Hafiy. nama yg diberi. cucu pertama dlm family nie. tapi cicit ketiga buat hajah hasnah. makin lama makin berkembang sesebuah institusi kekeluargaan. begitulah kehidupan. yang kecil semakin membesar. yang dewasa semakin tua...

menghitung hari..moga segalanya selamat dan dipermudahkan semua urusan..
May 2013~

p/s: tempat baru. persekitaran jua baru. moga apa yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya. kerna ak percaya pasti ada kemanisan dariNYA buat diriku..

Tuesday, March 26, 2013

berhenti seketika



Ternyata sekali ia sesuatu yang bermanfaat. Siapa sangka menjadi tetamuNYA. Sekelip mata perubahan tu terjadi. Itu semua dengan izinNYA. perancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan. Dan jangan pernah sekali ragu-ragu akan perancanganNYA. Yakin itu penting. Dan jangan pernah ada sekelumit terdetik dihati akn keraguaan kita terhadap perancanganNYA. Tulah kata-kata dari seorang sahabat. Usia ukhkwah ini terbina tujuh bulan lebih. Tapi bukan usia yang penting tapi cara dan bagaimana sesebuah ukhwah tu dapat dikekalkan. Ya, ak akui ini mgkn salah satu hikmah yang ak dapat selama berada disini. Bertemu dengan pelbagai jenis dan ragam manusia. Sehingga kadang-kadang terasa diuji dari segala aspek. Sehingga kisah silam juga diungkit kembali. Sehingga segala perkara dan aspek juga dipertikaikan. Tapi tu lah manusia. Ragam manusia. Tapi segala-galanya kembali padaNYA. Kerna ini jalan ak. Perjalanan ak. Onak dan durinya lain dari orang lain. Mungkin ada yg lagi-lagi mencabar dari ak. Mungkin ada yang lagi-lagi mudah perjalanannya dari ak. Tu yang ak mampu fikirkan skang. Cuba menjadi sepositif yang mungkin.  Mujur masih dapat lagi meneruskan perjalanan ini. Cuma langkah agak perlahan buat masa skang. Perlukan masa sedikit. Kerna terjatuh ketika dalam perjalanan ini. Sakit. Dan pedih. Memerlukan sedikit masa untuk berhenti seketika.berehat.







Kadang.kadang perlu kita simpan sahaja.tidak perlu diuraikan . ya tapi tu kadang-kadang. Kerna kita seorang manusia yang punya segala macam rasa dan perlu untuk dikongsi apa yang dirasa. Cuma kadang-kadang kita tidak tahu pe yang patut dan tidak sepatutnya dikongsi. 

p/s: kepada dia mgkn seorng atau sebaliknya yang ak tidak pernah tahu siapa sebenarnya dia. Pesanan ak inilah kehidupan. Ibarat roda. Dan pe yang berlaku ini membuat ak benar-benar tersungkur jatuh. Mujur ada yang menghulurkan tangan membantu ku..


Friday, March 1, 2013

perancangan....

kembali menjalani kehidupan disini. masih dan perlu diteruskan.kerna ini jalan yang ak pilih. meneruskan kehidupan seorang student. cuma kali ini berbeza dari yang sebelumnya. tiada lagi study week. kelas dan exam. tidak lagi perlu melalui semua ini. yang perlu ada kerajinan menulis, minat membaca segala benda kerja pengkaji lain.dan kesabaran dalam membuat kaji-mengkaji ini. dan kini masuk sem dua. ak masih disini. cuma kali ini perancangan perlu tapi harus dituruti perancangan agar selari dengan matlamat...dalam meniti perjalanan kaji-mengkaji ini pasti ada yang tersungkur. mungkin perjalanan mereka hanya setakat itu. dan kita harus akur dan menghormati keputusan mereka. 

" walaupun grammar kita tunggang-langgang dan teruk mana pn writting tapi jika kita tahu cara yg betul untuk kaji-mengkaji ini pasti kita boleh lakukannya. bukan semua orang boleh buat kaji-mengkaji ini.." (sahabat, 2013)

bulan februari 2013 sudah pun melabuhkan tirainya semalam. maka dengan ini tiada lagi bulan februari 2013. buku baru untuk bulan march 2013...ia kian hampir..persiapan diri dan ilmu itu penting. kelak bermanfaat bila masanya tiba nanti..

semoga segala urusan dipermudahkan buat mereka yg bergelar student seperti ak dan mereka yg berkerjaya seperti yanyan dan tika..
p/s: otot yang paling kuat dalam tubuh manusia adalah lidah..