Saturday, April 27, 2013

only a few things-


pertama-
tiada tempat dituju selain dari tempat ini. di dalam hati bertanya bilakah mahu berakhir semua ini. kerna ak ingin pulang. berada disamping keluarga. perlu bekerja keras lagi. perlu kuat memaksa otak memerah dan terus memerah. masih tiada lagi usaha yang perlu dibanggakan.  kecewa dengan diri. gagal mem'perform' kan diri pada bulan ini. tiada lagi satu paper pn siap. kegiatan menaip juga kian menurun. punya result yang membuat hati bimbang. kesedihan menyelubungi diri beberapa hari ini. pabila menerima khabar berita. cabaran dipertengahan jalan lagi. keyakinan menurun kembali. mampukah? tahun ini?? hati bertanya. diam. membisu.

kedua-
ia bukan membantu. tapi ia adalah tugas atau lebih tepat lagi tanggungjawab. setelah kita bersetuju untuk menggalasnya.  mgkn duduk dan berdiam diri. melihat saja pe yg berlaku. tu yg terbaik. 

ketiga-
bukan ingin menolak. tapi diri sendiri masih terumbang-ambing. bagaimana mampu menggalas yg lain. memang ia sesuatu yg bagus. rezeki jangan ditolak. maut jgn dicari. kata pujangga. tapi bila memikirkan balik seperti menjerat diri sendiri dengan tali gantung. 

keempat-
sungguh masa pantas berlari. masih bersisa. dan kesannya cukup dapat dlihat. lihat saja kehidupan.sejauh mane mampu diterbang2kan dan dibawa oleh angin. adakah mungkin tunggu taufan sandy dtg? ok. reaksi normal.

kelima-
hati. tidak sampai lagi sebulan. keyakinan dan paling penting persiapan diri.


dan seperti biasa bulan april 2013 akan menutup tirai. dan ak yakin kita tidak akan berjumpa lagi april 2013......


no_cha 
april, 2013
lab gis/rs