Sunday, September 29, 2013

Perjalanan Yang Terindah II

bulan zulkaedah hampir ke penghujungnya dalam seminggu sahaja. kemudian zulhijjah menjelma. musim haji. ku kira detik sekarang ramai jemaah mula memenuhi tanah suci. sejak kebelakangan ini sering menanti siaran langsung dari masjidil haram dari kaca tb siaran al-hijrah.
merintih kerinduan.

perjalanan bermula..
seramai 23 ahli keluarga..
15 june 2013



selamat tinggal..#KLIA



mentari pagi..#madinah city



yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.
Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. 
Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid 
apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.



............
duduk di perkarangan masjid pada waktu petang 
sambil melihat ragam manusia..
ada yang bersantai bersama keluarga
sambil menikmati juadah
kanak-kanak bermain..
membaca al-quran
........
indah



menara jam dihadpan pintu utama masjid nabawi.



keadaan selepas selesai solat isyak..
di ruang perkarangan wanita.
satu yang menarik dilihat..
si suami/bapa menanti di pintu masuk ruang wanita
sambil mencari-cari isteri/ahli keluarga mereka.
ada satu ketika
ak sedar si suami tidak dapat mengecam isterinya
kerana terdapat ramai wanita berpurdah disitu..
hanya si isteri yang dapat mengecam suaminya.
dan si suami akan setia menanti di pintu ruang wanita
ye..sabar menanti..

#manisnya...



ziarah bukit Uhud
dimana pasukan pemanah ditempatkan di Bukit Uhud.

#masih ingat sirah mengenai perang Uhud

peta petempuran menunjukkan 
kedudukan dan pergerakan tentera muslim dan musyrikin..




disini lah mukmin yang syahid dikebumikan.
antaranya





sebahagian perjalanan di bumi Al-Madinah Al-Munawwarah (kota yang bercahaya)



Monday, September 23, 2013



M : "bagaimana ya suasana kehidupan belajar di universiti.?? tidak pernah rasa. dulu habis sahaja spm terus keja kena cari duit."

Ak : tergamam.....

last week.soalan itu dituju kepada ku dari seseorang rakan membuatkan ak teringat kembali. yang kite ini kadang-kala alpa dan lalai. selalu mengatakan ini tidak kena.mengena jadi sebegini. mengapa, mengapa dan mengapa. sehingga kita lupa. perjalanan setiap insan berbeza-beza. kita patut bersyukur dengan apa yang kita miliki.




notanasihatuntukdiriiniyangseringkalilupa...

mencari nafkah sambil menuntut ilmu.


bulan september 2013.permulaan baru dalam meneruskan kehidupan fasa hidup baru. mencari nafkah sambil menuntut ilmu. bunyi seperti gempak. tapi hakikatnya. hanya yang pernah alami saja yang tahu bagaimana. permulaan masih baru lagi untuk digambarkan. cuma sekarang ini perlu berlatih mensebatikan diri ngan masa yang ada. honestly, duduk rumah.duduk dekat dengan keluarga adalah moment yang berharga. tolak tepi moment pergaduhan kecil-kecilan diantara adik bongsu. home.ia pasti membuatkan anda tersenyum sma seperti diriku sekarang.