Bermulalah sebuah kisah perjalanan titian bagi fasa
baru.bertemu dengan pelbagai peringkat umur.hampir kesemuanya umur melepasi
tahap keumuranku. Terasa seperti junior dikalangan mereka.hhaaha. Alhamdullilah
urusan pertukaran tempat berteduh berjalan lancar. Walaupun di awal berlaku
sedikit perasaan rasa bersalah. Tapi demi kehidupan dalam setahun lebih ini
perlu digagahkan jua dan dikuatkan tekad dan azam serta sempena awal muharram
tidak lama lagi.
MATANG!! Kata orang bila kita mula melihat dunia luar dan
bergaul dengan pelbagai peringkat usia yang berbeza ataupun persekitaran yang
dimana kebanyakannya lebih tua dari kita mungkin disitu kita boleh belajar cara
matang. Maksud yang tersirat adalah cara permikiran boleh mengubah menjadi
matang. Mungkin! Sapa tahu.. paling kurang pun pakaian, tingkah laku ataupun
perilaku/ cara kita.
Teringat kata seorang teman yang baru dijumpai setelah
berabad-abad dipisahkan. Katanya jika melihat seseorang tu masih
kebudak-budakkan, lihatlah pada persekitaran hidupnya. Cara orang sekelilingnya
melayannya. Paling mudah lihat pada peringkat umur yang bergaul denganya. Jika
dia seorang pelajar tentulah pergaulanya dikelilingi mereka yang kebanyakan
sebaya mereka. Pemikiran, ciri-ciri, pakaian dan sewaktu dengannya lebih kurang
sama levelnya. Tapi jika seorang yang telah berkerjaya ataupun persekitarannya
dipenuhi dengan pelbagai jenis peringkat usia serta bergaul-gaulan dengan
mereka yang lebih tua dan matang dari kita tentu saja akan wujud perbezaan cara
pemikiran mahupun tingkah laku seseorang itu. Samada sedikit ataupun banyak
perbezaannya itu bergantung kepada diri sendiri.
So conclusion yang dapat disimpulkan adalah jika tidak
mempercayainya bolehlah menjalankan sebuah eksperimen dengan mempunyai
pembolehubah dimalarkan iaitu seorang manusia yang tetap, dimanipulasikan iaitu
pelbagai manusia yang berbeza keumuran dan bergerakbalas iaitu masa atau tempoh
eksperimen tersebut dijalankan..tips untuk eskperimen ini selalunya mengambil
tempoh yang lama bukan dihitung melalui jam tapi melalui bulan ataupun tahun.
Hasil kajian ataupun result akan diperolehi setelah eksperimen berjaya
dijalankan dengan betul.
p/s: ak? Diri ini? Matang ke?