Showing posts with label dimensi hidupku. Show all posts
Showing posts with label dimensi hidupku. Show all posts

Sunday, April 12, 2015

jatuh hati.
ya diri ini jatuh hati.
memberontak ingin memilikinya.
sampai terbawa-bawa didalam mimpi.
ini satu kenyataan. 
dalam hati tersenyum. 
menunjukkan aku begitu jatuh cinta.
pada tika dan saat ini.
jatuh cinta pada ciptaan Ilahi ini.
rose..but more prefer a blue rose..





p/s: after a week. finally berjaya keluar dari bijinya. 

Thursday, April 2, 2015

Bismillahhirrahmannirrahim

almost 4 years.diri ini pencen dari aktivit yang lasak. dan dalam 4 tahun ini dan akan berlaku pada setiap bulan. actually lebih kepada setiap minggu adalah seperti gambar dibawah..




tapi diri ini seorang pencinta makanan yang setia lagi tegar..



Sunday, December 22, 2013

Time Flies So Fast

bismillahirrahmannirrahim..

its almost come to the end of december 2013..and now here i again. still nocha. and again satu tahun yang mengajar, mencipta dan tercipta sejarah. ada yang dirancang ada jua yang tak terduga. but it's okay. life must go on. air mata yang gugur, ketakutan yang kadangkala menghantui, kejadiaan yang mengejutkan, kegembiraan yang tak terjangka, penantian yang begitu mengajar erti kesabaran, manisnya ukhuwah yang berterusan, dan rindu yang bertamu..

6 dec - untuk mereka yang ak sayang.
7 dec - pengakuan. dan ak kaku
19 dec - alhamdullah..mungkin disini. dekat.
30 nov -kemalangan yang tak diduga. dan pertolongan dari seorang sahabat. highway pagoh dalam sejarah.
29 nov - doaku untuk mu sahabat bahagia dunia akhirat. move on ke fasa baru dalam kehidupannya.
5 nov - 1 muharram. allhamdullah.panggilan yang tak terjangka. ya. rezeki Allah itu luas.
11 sep - kecuaian ak atau pemandu tersebut.
4 sep - pemulaan mencipta pengalaman
27 july -18 ramdhan.menatap dan selamat tinggal. keputusan telah dibuat.
30 jun - dubai. percutian yang tak dijangka
15 jun - rindu bertamu. alhamdullah.
May - mimpi yang tidak diduga.
1 april - rumah dan housemate
mac - keaiban
feb - sem II


antara tarikh yang tercipta dalam perjalanan kehidupanku..

Sunday, September 29, 2013

Perjalanan Yang Terindah II

bulan zulkaedah hampir ke penghujungnya dalam seminggu sahaja. kemudian zulhijjah menjelma. musim haji. ku kira detik sekarang ramai jemaah mula memenuhi tanah suci. sejak kebelakangan ini sering menanti siaran langsung dari masjidil haram dari kaca tb siaran al-hijrah.
merintih kerinduan.

perjalanan bermula..
seramai 23 ahli keluarga..
15 june 2013



selamat tinggal..#KLIA



mentari pagi..#madinah city



yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.
Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. 
Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid 
apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.



............
duduk di perkarangan masjid pada waktu petang 
sambil melihat ragam manusia..
ada yang bersantai bersama keluarga
sambil menikmati juadah
kanak-kanak bermain..
membaca al-quran
........
indah



menara jam dihadpan pintu utama masjid nabawi.



keadaan selepas selesai solat isyak..
di ruang perkarangan wanita.
satu yang menarik dilihat..
si suami/bapa menanti di pintu masuk ruang wanita
sambil mencari-cari isteri/ahli keluarga mereka.
ada satu ketika
ak sedar si suami tidak dapat mengecam isterinya
kerana terdapat ramai wanita berpurdah disitu..
hanya si isteri yang dapat mengecam suaminya.
dan si suami akan setia menanti di pintu ruang wanita
ye..sabar menanti..

#manisnya...



ziarah bukit Uhud
dimana pasukan pemanah ditempatkan di Bukit Uhud.

#masih ingat sirah mengenai perang Uhud

peta petempuran menunjukkan 
kedudukan dan pergerakan tentera muslim dan musyrikin..




disini lah mukmin yang syahid dikebumikan.
antaranya





sebahagian perjalanan di bumi Al-Madinah Al-Munawwarah (kota yang bercahaya)



Monday, September 23, 2013

mencari nafkah sambil menuntut ilmu.


bulan september 2013.permulaan baru dalam meneruskan kehidupan fasa hidup baru. mencari nafkah sambil menuntut ilmu. bunyi seperti gempak. tapi hakikatnya. hanya yang pernah alami saja yang tahu bagaimana. permulaan masih baru lagi untuk digambarkan. cuma sekarang ini perlu berlatih mensebatikan diri ngan masa yang ada. honestly, duduk rumah.duduk dekat dengan keluarga adalah moment yang berharga. tolak tepi moment pergaduhan kecil-kecilan diantara adik bongsu. home.ia pasti membuatkan anda tersenyum sma seperti diriku sekarang. 





Friday, March 29, 2013

ahli baru lagi...




salam jumaat. alhamdullillah.penutup bulan mac ini.selamat lahir seorang hamba allah melihat dunia...terasa tua pula. bila dipanggil auntie. but it's k. Uwais Hafiy. nama yg diberi. cucu pertama dlm family nie. tapi cicit ketiga buat hajah hasnah. makin lama makin berkembang sesebuah institusi kekeluargaan. begitulah kehidupan. yang kecil semakin membesar. yang dewasa semakin tua...

menghitung hari..moga segalanya selamat dan dipermudahkan semua urusan..
May 2013~

p/s: tempat baru. persekitaran jua baru. moga apa yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya. kerna ak percaya pasti ada kemanisan dariNYA buat diriku..

Wednesday, January 9, 2013

cerita pendek.hari rabu.

rabu. mula berkira..hanya tggl beberapa bulan lagi. dh bersedia ke?? cukup ke segala ilmu didada.? byk benda perlu dan harus difikirkan. mula timbul keraguaan dan rasa takut. kata seseorg sahabat..kalo rasa tidak bersedia maka mula lah persiapan dari sekarang.baiklah ak akui kadang-kala ak konsisten tapi ada kalanya ak alpa. pabila tersedar dari lamunan dan angan-angan, maka mulalah kalut semacam.. hmm..perlu bertindak segera!!!

p/s: allhamdullh masih dapat bertahan.. btw ak windu insan ini..yg kini sudah bergelar "WANITA BERKERJAYA"



Wednesday, December 12, 2012

memori mula tercipta..

 almost 4 months disini..masih terkial-kial. tapi allhamdullh ak mula akur akan semuanya. teringat kata seorang teman, laluinya dulu. rasanya. kalo datang cabaran mula-mula tu perkara normal. ini baru fasa permulaan. yup masa yang mengajar. ak akuinya.tempoh masa. cabaran atau halangan pasti ada. terpulang pada kita mengendalikannya. tapi jujurnya kadang-kdang ak tewas jua. dalam detik 3++ bulan disini, pelbagai perkara ak belajar..dan akan belajar banyak perkara lagi.. kerna itulah proses pembelajaran dalam kehidupan dan tidak akan terhenti. tempat yang tidak pernah terlintas langsung dalam akal fikiran warasku..dan akhirnya ak disini. perjalanan hidupku tercipta disini. ak mula mencipta memori selama ak berada disini...

sapa sangka awal tahun 2012 ak di selatan..johor dan akhir tahun 2012..ak berada disini..
kita manusia hanya mampu merancang..





nocha, 12.12.12

Sunday, October 21, 2012

tOdAy~


hari ini dalam sejarah.melihat seorang ibu yang bersungguh2 ingin membuat something sempena raya haji ini.lalu si anak pun secara paksa dan rela perlu turut serta. mmg wajib.hukumnya.haha. dan hasilnya adalah dibawah...dan secara hikmahnya suku dari hasil ini sudah dicop untuk dihantar ke satu tempat di dalam negeri kelantan.ahhaha. 

cuti semakin berkurangan,
pipi semakin berkembang,
pembacaan semakin perlahan,
pemakanan semakin meningkat,
ape-apepn raya semakin dekat...
selamat hari raya haji...






orang kata setiap kali raya haji pasti dikaitkan dengan erti pengorbanan..



p/s: mood menanti mee jawa di pagi raya aji..=)


Thursday, October 18, 2012

something......


Ukhuwah itu ibarat satu janji dalam hati.
tidak dapat ditulus,
tidak dapat dibaca.
tidak seorangpun tahu.
juga. tidak berubah dek masa.

Sekejap di mata, selamanya di jiwa....
2008~2012

p/s: 4 tahun, segala memori dan ukhwah yang tercipta di bumi UTM...

Thursday, September 13, 2012

In Memory

melihat kotak-kotak yang telah terisi dan tersusun rapi. senyuman boleh terukir.jika matlutfi punya impian untuk membuka online shop, ak juga punya impian membuka perniagaan cookies setelah mendapat suntikan jarum semangat dalam membuat cookies untuk majlis abang-abang-abang ak..dan tidak ketinggalan ice cream goreng.baru ak sedar betapa selama ini pembuatan ais yang berwarna dan punya perisa ini senang untuk dibuat.kini ak akur kata-kata mamai.haha..

memandangkan ak dah lame menyimpan entry ini.tidaklah berabad mana pn dan memandangkan juga pembukaan semester baru sudah bermula. ak ingin mengimbas 32 orang..yup hanya 32 orang.tidak ada lebih mahupun kurang. in memory 12th batch of RS. tidak punya seksyen.tidak punya ahli yang ramai cuma 32 orang sahaya.. 4 tahun bersamaan 48 bulan(tidak tertolak cuti sem) bersama dengan mereka.

punya seorang ketua.yang tiap-tiap semester akan terlantik dengan sendirinya.tanpa ada langsung pencalonan    lain yang layak menandinginya. menjadi orang tengah untuk kami semua.urusan kelas ganti,batal,kelas wujud.semuanya serah pada dia.dimana?bile?tarikh?hari. die ade jawapan pada semua persoalan.

first time ak kenal dan sebilik dengan die.satu perkara yang amat pasti dan ak lihat adalah hijau. yup gadis hijau.maksud ak kebanyakan barang hak miliknya adalah hijau. punya partner yang sekepala dengannya. yang keretanya bernombor plat ------ berwarna jingga.

punya 4 orang perempuan non-malay.yang senyuman tidak pernah ak rasakan lekang dari bibirnya yang ak gelarkan kak. punya gosip cinta dlm batch ini. 2 darinya memang punya tempat duduk yang setia didlm kelas. kerusi hadapan sekali.

dia punya kembar yang agak seiras.mmg serupa. teman yg selalu disisinya seorang yang punya kesabaran yang tinggi dalam ilmu programming. dan seorang lagi yang punya warna kegemaran kuning. kelajuan membawa kereta diakui.

die ini seorang yang paling ak suka bila muncul part makanan. bagi lah pe saje makanan untuk dirasa die pasti akan memberi ulasan. rajin dan suka men"survey' tempat makanan. mmg terbaik.dan antara dua org yg rajin menggunakan tangan kiri didlm batch ini dan hebat bermain game. orang kata seorang gadis ini pnya muka seiras pelakon.zila bakarin.hehe. suka akan perubahannya.

paling kurang tinggi didlm batch ini.tapi matang.yg ak akan ingat adalah mee rebus air tangan ibunya.lawannya orang yang paling tinggi.seorang lelaki utara punya pasangan kembar nama huruf "C" iaitu seorang yang paling senior dalam kelas ini. kuat menegakkan pendapat sendiri bile berhadapan dengan seorg pengajar. dan sepasang nama huruf "L" juga ada. kedua2nya punya gaya mutu keunggulan tersendiri.

penambahan tiga orang pada tahun ke-2 pengajian.ketiga-tiganya berbeza perangai.dan yang pasti mempunyai kelebihan tersendiri dlm bidang survey-meng'survey. umpama ditiup angin pasti terbang.just perumpamaan.kerna punya fizikal yang jelas dan ketaranya kurus. dua orang juga. berlainan jantina. seorang kidal dan seorang yg telah lama ak kenal sejak 6 tahun lalu.

nama empunya tuan ini selama 4 tahun dalam senarai list nama mesti atas nama ak.tidak pernah berubah.. paling ak ingat pabila duduk disebelahnya sewaktu kelas pasti suka melukis apa yang dilihat dihadapan yang dianggap menarik..hasilnya mampu buat orang ketawa. made by sandy.yup tuan badan ini pengeluar perkataan dan konsa kata yang unik-unik belaka.  gadis yang bernama ayu.nama ok.nama ayu.. bersemangat dalam menjadi seorg usahawan. doaku moga dia berjaya.amin. seorang yang puya bakat dalam bidang tennis dan sebenarnya seorng senior sekolah ak yang tidak pernah ak jumpa di sekolah.hehe

seorang gadis yang ak suka mendengar presentationnya kerna pronunciation english yang sedap. selain gadis ini ada juga seorang mamat yang sentiasa bersemangat pabila membuat presentation. ya.sangat-sangat bersemangat. sungguh bagus untuk dicontohi sikap bersemangatnya itu.agak kesian kerna selalu menjadi mangsa keadaan.

yang seorang ini suka melihat atau lebih tepat suka memerhati.lihat, teliti dulu baru berkata. tapi yang paling ak ingat adalah huruf "R" pada dirinya.punya jua nama timbangan yang juga bermula dari huruf "R". begitu setia dengan rumate yang sama selama 3 tahun. seorng yg tidak mampu untuk menolak pertolongan orang.haha.bagus2 harus dipuji sikapnya. dia juga handal dalam bab-bab makanan.dan impian mahu menjadi seorg usahawan berjaya.amin.mamai nama diberi.ak suke chese tartnya.haha.matanya sepet. rumahnya bersebelahan daerah ak. haha.cuba bayangkan jarak rumahnya dengan rumahku. boleh menjadi seorang penasihat. kerna gaya dia berkata-kata mmg boleh mempengaruhi orang.




4 tahun.macam-macam terjadi.suka dan duka.
dari ber'camping' di hutan belantara dan paya bakau
kepada percutian belaja ke luar negara.
susah senang mencari duit sehingga 
berniaga bunga, muffin dan dadih
dikir barat la..
saman-menyaman..haha
kerenaah dalam group work.
air mata yang tumpah dalam tekanan 
dan banyak lagi
sungguh banyak.
dan yang paling sehati sejiwa dan membuat 
kami semua bersatu adalah part makanan.
lebih2 ag barbeque.hahaha..
doaku moga semuanya berjaya dalam jalan hidup 
masing-masing

JUN 2008~2012

p/s: tidak lame lagi persekitaran baru,tempat baru dan orang juga baru+lama..ini jalan yang ak pilih..

Wednesday, August 1, 2012

dua point~

1 august 2012
memasuki bulan baru.begitu jua fasa kedua bulan ramadhan. perjuangan diteruskan.
seingat ak..beberapa hari yg lalu menteri penasihat rumah I ade menyatakan hargai r mak selagi masih punyer waktu berbakti maka berbakti r. ambil iktibar pe yg terjadi pada jiran sebelah yg baru saje kehilangan maknyer. ade something dlm ayat menteri penasihat I nie.

first..ak tahu ak perlu cepat mengemas rumah nie ngan sepantas kilat dan sekilat2nyer cermin2 serta dinding2 dan lantai2 sehingga bersinar2..ahah..over..tp yg penting ak kena tangkas.cekap dan .......... (mcm moto yg pernah ak ngar) ngan azam spt nie ak rase x lame lagi ak boleh goyang kaki sebelum menjelmanya raya..

second..kehilangan.hmm jiran sebelah. k.secara jujurnyer ak akui ak insan yg lemah.x tahu pe yg berlaku disebelah dan menyebelah. yg ak tahu kiri dan kanan dua2 jiran berbangsa cina.dan punya anak lelaki tp x tahu r status ank laki mereka..see ak insan yg lemah.sehingga status anak laki mereka pn ak x tahu. tp bukan nie yg ak mahu fokus.yg membuat ak konfius. jiran yg belah mane yg kehilangan org tersayang.. sggh ak xtahu wlpn dan hampir 3 minggu ak pulang. bukan salah ak. ak cuma insan yg lemah.

bile berfikir2 semula dan meneliti balik. ada tikanya ak musykil  pabila ak lihat uncle tan akn membuka sendiri pintu pagar rumah apabila pulang dari urusan kerja. kerna sejak dari kecil dan pembesaran ak.. isterinya akn membuka pintu pagar stp kali bunyi hon didepan rumah tanda uncle tan sdh pulang. dan nie dikuatkan lagi ngan jawapan dari putera bongsu dalm rumah nie. yg menceritakan dari titik permulaan sehingga r penghabisan.

teringat peristiwa dimane pagi tu ak keluar rumah tuk menyempurnakan misi ak di pulau carrey,
 ak terserempak ngan uncle tan. selalunyer kalo berselisih ak akn senyum shj.x pernah berbual. tp kali nie laen sikit terserempaknyer. mengambil peluang berborak dan spt biasa uncle tan mesti akn tanya soalan femes sejak 2-3 tahun lately nie.. 'u anak pompuan yg pertama ke atau kedua??' kerna beliau akn selalu konfius antara ak dan adik ak.walaupn hanya kami berdua je anak pompuan mak..tp it's k.ak mengerti.kadang2 pabile kite jarang2 berada dirumah. melihat raut wajah uncle tan yg dimamah usia.baru ak sedar masa begitu cepat. yg membuat ak tersenyum dlm sesi berborak tu..beliau mencadangkn spy ak berehat dulu dirumah pada bulan pose nie.x yah sibuk2 cari keja dulu. katanya t senang nk pi sembyg terawih x r penat sgt. cari keja lepas raya.
terima kasih uncle...


kembali ke point pertama..hargai jasa dan pengorbanan mak..dan hari nie bersamaan 12 ramadhan, 1 august 2012..

kepada Puan Maznah,
selamat hari lahir mak a.k.a menteri penasihat rumah II. terima kasih atas segala2nyer. membesarkn kami enam beradik. terima kasih mak kerna 'selalu, sering dan akan' mengingatkan kami 6 beradik serta sabar ngan kerenah kami semua..




p/s: "setiap pagi sedekahkanlah al-fatihah kpd kedua ibubapamu (x kira msh idup ataupn tidak) mescaya pintu rezekimu akn terbuka buat kamu"

Friday, July 27, 2012

berusaha....

sejauh mane pn kite berlari...pasti kite tidak akan mampu melupakannya...
masih gagal..tp x pe..akn cuba berusaha..
senyuman sedikit membantu...

"SIKAP manusia ni bergantung pada NIAT dirinya" nak perbaiki sikap perbaikilah niat dalam sesuatu perkara..=)
~petikan kata2 seorg sahabat..


p/s: prestasi ari nie tidak begitu menggembirakan..x pe.perlu gigih ag berusaha.. masih ade waktu ag..~_^



tgk jam tu..masih ade waktu ag...ehhehe


Wednesday, July 25, 2012

sering, selalu dan akan......

selalu ak ngar kata2 yg mengatakn bahawa ramadhn nie mgkn ramadhan yg terakhir buat kite jadi rebut lah ia...paling tidak pn pernah terlihat dimane2...

dan ramadhan kali nie ak bertemunya..allhamdullah..masih ag dipanjgnkn umur.bersyukur dpt melaluinyer. cuma kali nie berbeza sedikit. ada perubahan dari segi segala2 aspek. dan paling utama adalah ak dicop rasmi sebagai seorg pengusaha penanam anggur di rumah nie sejak awal julai. yup.kehidupan seorg pelajar berakhir. permulaan bekerja sbg pengusaha anggur rasmi nie diuji takala suhu darjah naek dan naek. hampir semggu ak mengambil mc di kamar bilikku..sggh bile kesakitan atau lebih tepat pabila kenikmatan kesihatan ditarik walaupn sekejap..sggh baru ak sedar begitu berharganya sesuatu nikmat. dan spt biasa ak terfikir..hmm nie baru diuji ngan nikmat kesihatan..so hargai r nikmat yg paling besar yg dikurniakn kpd kite iaitu nikmat ISLAM..eh!nmpk..see..pe yg ak cb smpkn.nikmat2 nie..so besyukur lah...

dlm terfikir menjadi seorg pengusaha rasmi penanam anggur..terdetik dan dlm masa sama terlintas dihati mencari keja yg boleh mengisi masa dan mengisi kocek ak. dlm mencari-cari misi part time..ak dioffer di sebuah ***** tuk berkerja. sukar digambarkn melalui kata2.ceh wah..ahhahah..tibe2 datang bergolek2..

lalu hati yg riang..kaki melangkah2 pulang ke rumah putih (white house).pengumuman dibuat.

guess what people!!!!>>>>>

my beloved mother berkata : "nocha.....nie kan bulan ramadhan.rebut r peluang yg ade. duit tu x lari pn.bile2 boleh cari."


dan ak terkesima..


hmm mmg benar.duit blh cari bile2 je..tp bekalan tuk akhirat??bile kite nk kumpul. ajal kite x tahu... dan wat sekian kalinyer..ak alpa seketika bile sibuk ngan duniawi..dan syukur ak masih ag pnyer menteri penasihat II yg seirng, selalu dan akan menasihatku..yg alpa nie..




Monday, July 23, 2012

kemungkinan

mungkin akan dibiarkan..
mungkin akn hilang tanpa dikesan..
dan mungkin akn lesap wat selama-lamanye...

kemungkinan...
ya..antara 3 kemungkinan..
dan mungkin akn fokus pada satu..
jangan ditanya jika salah satu dari 3 kemungkinan tu terjadi..

kerna ia pernah bermain dibenak fikiranku selama ini..
dan x mustahil ia terjadi..
dan yang pasti ade hikmah disebaliknya...

dan mungkin tu yg lebih baek...
ibarat seperti kita ada kehidupan yg baru..dan seakan cuba menutup yg lama...
tp x mustahil kadang2 yg lama akan terbuka semula...
kerna kehidupan harus ditoleh ke belakang
agar perkara terdahulu dijadikan iktibar....

yg pasti kemungkinan tu akn terjadi...

maapkan ak....

p/s:buat insan yg btui2 faham akn maksudnya...

Wednesday, June 13, 2012

gigi~



baru bercerita ttg gigi...dan ari nie ak ketemui lagi dr.gigi...
ye mmg x kisah jumpa dr.gigi...coz hasil didikan mak long dulu yg menamankan kekuatan agar tidak takut pd dr.gigi dan demi kesihatan gigi....

yup mmg bile berkaitn ngan gigi ak sgt sensetif....
cuma kali nie kesedihan berita ak terima..
tp it's k demi nasihat dr.gigi yg ak syg..kerna keramahannye..selama 4 thn ak di bumi UTM nie..
ak turuti jua nasihatnyer...

ak punyer satu misi lepas nie..mau pi cuci..secucinyer gigi sebelm meniggalkn bumi UTM nie..
 so kpd warga2 UTM atau sesiapa yg masih memp'yai gelaran "STUDENT" ak nasihatkn pi r check gigi...kerna murah dan jimat..gunakn r kemudahan nie sebaik2nyer...

gigi sepatutnyer harus diperiksa oleh dr.gigi 2 kali setahun..nasihat dari mak long ak...

kalo difikir sejenak..bile melihat gigi nie..betapa hebatnyer Pencipta kite mencipta sesuatu yg memudahkn segala bentuk makanan kite dihuraikn kpd bentuk yg kecil dan mudah dicerna di dlm perut..heehe

so nie hasilnyer selama hmpr 4 tahun ak di bumi UTM since first year disini sehingga r ke hari nie...
dan nie r buktinyer...3 kad..mcm nk kasi tmbh ag satu ckp setahun satu kad...hahah..



 p/s: dulu pernah menjadi dr.gigi kpd diri sendiri tyme kecik2..ngn mencabut sendiri gigi susu..>_<


Monday, June 11, 2012

insan istimewa.....


 Panggilan petang tadi memang tak dijangka. salah seorg insan yg istimewa dalam hidupku. 

Ak membesar dengan pelbagai ragam dan peragai...hanya insan2 tertentu shaja yang mempunyai kesabaran yang cukup tinggi dalam mendidik ak. Selain bapak, nenek, mak, mami..ak punya seorg lagi insan yang sabar memdidik ak iaitu mak long. Panggilan petang td..membuatkan ak sedar betapa lame ak tidak bertanya khabar beliau.. Ntah r mungkin kerna semakin  meningkat besar seseorg makin sibuk dan sekaligus membuatkn semakin jauh.

Memandangkn beliau tidak mempuyai anak perempuan..ak dan adik ak dianggap seperti anak perempuannya…

Melihat beliau begitu tabah menghadapi liku kehidupan..membesarkan sendiri tiga org anak lelakinya.. yg kini allahmdullah kesemuanya berjaya dalam hidup..

Teringat ag peristiwa yg beliau pernah menemani ak semalaman.  Ketika itu ak didenda oleh seorg pendidik BAHASA MELAYU di sek. Rendah… untuk menulis balik perkataan “PENGERUSI” sebanyak 5 RIBU PATAH PERKATAAN akibat dari kesalahan ejaaan seperti nie “PEGERUSI” dalam karangan BAHASA MELAYU ak..  beliau begitu sabar menemani ak.duduk disebelah.membancuh air panas tuk ak dan menanti sehingga ak siap dendaan tugasan tersebut.. sungguh aku terharu detik itu… walaupun beliau tahu aku berfoya2 disiang hari bersama kanak2 seusia aku tika  itu…dan terima kasih kpd pendidik BM ku..kerna memberi dendaan sebegitu..membuatkan ak  berhati2 pada masa akan dtg dalam mengeja perkataan tu ..=)

Jika bercakap soal gigi..pasti die org yg arif.. dan ak rase ntah berapa kali ak ketemu doktor gigi sewaktu ak kecik..hahaha….

Dan beliau juga r yg rajin menurunkan resepi kuih kepada ak..dan sudah menjadi kelaziman kuih tu akn wujud pabile raya saja muncul..ahhaha..kerna tika tu baru kerajianan ak akn menjelma….haha

Kadang2 ada gak kena marah..kena tegur itu..ini..marah nya begitu berhemah.tegas pada keadaan..

Ptg td..pelbagai nasihat diingatkn pada ak… bila ditanya soal kesihatan pada beliau..seperti biasa beliau akn berkata..
“ allhamdullah mak long sihat..cuma kadang2 sakit..biasa r dh tua..umur pn dh nk dekat 70 dh..”

Dan tika tu baru ak sedar..ak dh besar upenye..dulu tika kecik mak long selalu  memberi nasihat dan teguran…

Dan ia msih same sehingga ke hari nie….. pada ak mak long masih sama.. setia memberi nasihat dan kata2 yg membina……

Dan beliau salah seorg insan istimewa yg ak sayang dan sanjung..

Terima kasih ALLAH…..

Friday, May 25, 2012

=)

allhmdullah...
teringat kata bapak aka menteri penasihat rumah.."segala2nya Allah punyer..pe2 pn terjadi semua kehendakNya"

allhamdullah..
bile ade sinar kelihatan tika graf mula memunculkn diri....

p/s; kpd the only adik puangku..selamat dtg ke dunia luar..ahhaah(ketawa jahat dan sopan).. sile belaja berdikari..sdh tiba masanya.


Wednesday, May 16, 2012

kisah hari...

pembuka pagi td..suara mak kedengaran di sebalik speaker phone..selang beberapa miinit selepas subuh.. 
dan hati sedikit terubat mendengar suaranyer...
tapi tak lama ia bertahan....
pabila menerima mesej yg ckp ak katakn merosakan segala emosi ak satu hari tu...
dan bile emosi bercampur kepenatan dan hasilnyer kecaluran berfikir..
semua akn terkena tempias.....

kpd KAU...ak nasihat CUKUP R!!!
bilekah kau mahu berhenti...tidak penatkah..

kerna ak penat..sgt penat..bile memikirkn masa semakin suntuk...

ketika langit mula bertukar warna keorenan dan kemerahan..
ak terlepas detik waktu tu....
dan akhirnyer ak mula faham
ak tersilap langkah...


dan malam nie ak bersyukur....
kerna impian yg dianggap sukar dicapai..
menjadi nyata....
trima kasih.....

kemudian emosi mula kembali pulih...
tu r ak....dan kisah hari yg bermakna ak lalui sepanjang hari nie.....

kembali~

kembali.cuma bezanyer kali nie.penambahan satu tahun. allhamdullah ak masih dpt bernafas lagi sehingga ke detik nie. yup..i'm not a girl and not yet a women..=)

setiap kali tibe..hati pasti akn hiba...
mengenangkn khilaf yg telah ak lakukn selama diberi peluang tuk bernafas dimuka bumi nie..
mengenangkn pe yg telah ak lakukan sepjg hidup nie...

23 tahun yg lalu..tika 1409H
ketika umat islam meraikan syawal. setelah sebulan berpuasa.
tika dan detik nie..mak bertarung nyawanyer melahirkan ak. sebuah pengorbanan yg tidak mampu ak balas smp bile2 pn..

org kata sewaktu ibu melahirkan seorg anak..satu uratnyer akn terputus...betapa kesakitan yg tidak dpt diperjelaskn..

terima kasih mak dalam berusaha membawa ak ke dunia nie..

sewaktu usia meningkat naik,ak seorg yg degil.pe yg ak lakukn.semuanyer btui dimataku. semua pendapat n nasihat awal2 ak tolak tepi. pe yg ak inginkn ak akn dptkan. x kisah ngan cara pe sekalipn.jika tidak pemberontakan akn berlaku.ye.perlu kesabaran yg tinggi dlm mendidik ak. dan kesabaran tu r yg ade pada kedua insan yg paling ak syg dan sanjung..mak dan bapak...

terima kasih dalam membentuk ak menjadi seperti sekarang..

 kata mak..
 "sbnrnyer mendidik dan menjaga dua org anak pompuan lebih mencabar dari menjaga 4 org anak laki..lebih2 lagi dengan keadaan dunia yg begitu mencabar dan menakutkn"

dan kata cikguku..
"menjaga seorg anak pompuan lebih mencabar dari menjaga sekadang kambing"

renungkan dan fikirkan maksud disebalik kata2 nie... pe2 pn selamat hari guru kepada semua insan yg pernah mengajar dan membimbingku sepanjang tempoh 23 tahun nie..

dan insan yg bernama guru yg tidak pernah terhenti menjadi guru padaku sehingga ke hari nie adalah mak dan bapakku...

maap atas segala perkara yg mengguris hati kalian berdua..samada sedar atau tanpa sedar selama nie..dan terima kasih kerna begitu bersabar dalam mendidik dan membesarkn org sepjg 23 tahun nie..




p/s: setiap kali detik usia bertambah selangkah ajal menghampiri kita...