Showing posts with label hati bercelaru~. Show all posts
Showing posts with label hati bercelaru~. Show all posts

Wednesday, November 2, 2016

malam ini terasa nak menaip.lama tinggalkan blog ini. alhamdullilah aku masih lagi bernafas masih diberikan nikmat kesihatan dan iman. aku masih punya tempat tinggal. ini satu rahmat dan nikmat jua. kehidupan. tipulah kalau dikatakan sempurna sahaja. pasang surut ujian dan dugaan sudah semestinya ada. kerna kita tidak selamanya diatas sahaja. seperti roda. ada kala dibawah ada kala diatas.

 menangis.hahahah...itu perkara wajib setiap bulan. ia juga satu rawatan. haahha.. tapi bila kau menangis dikala satu pertiga malam dalam sujud..kau akan jumpa ketenangan.percayalah..walau tidak lama..tapi ia sangat tenang..lagipun tidak semua benda dan perkara boleh dikongsi.boleh diceritakan. kerna tidak ada sesiapa akan faham sehinggalah dia pernah melaluinya. hanya DIA yang diatas mengetahui apa yang kita laluiny.

 kawan hmm ataupun sahabat..masing-masing ada kehidupanny tersendiri. lagipun banyak perkara ak rasa telah lalui banyak drama yang telah lalui dengan orang yang bernama kawan. dan akan dan pasti ada lagi perkara akan lalui...siapa tahu...


tiada apa-apa..sekadar ingin menulis tanpa tahu apa isinya..maka terjadilah seperti yang diatas...

Sunday, August 28, 2016



hanya yang mengalami dan melaluiny tahu bagaimana rasanya.
kita tidak akan memahami dan benar-benar fahami sehingga kita laluinya sendiri.
ini lumrah.ini ujian. yakin dan pasti hikmahnya
menanti..

"lalu nikmat mana satu yang kamu dustakan"

Monday, May 18, 2015

16 may bersamaan 27 rejab



Alhamdullillah. Ia berlalu dan masih disini. menghirup udara yang percuma. antara harta ternilai yang tidak perlukan bayaran. masih disini.kehidupanku. jujur terasa tua. tiada apa yang dapat dibanggakan melalui pencapaian hidup. itu sebahagian dari diriku. manakala sebahagian yang lain. syukur disamping keluarga. tidak meminta atau menginginkan apa-apa. cukup ada yang mengingati dan mengirimkan doa buat diri yang kerdil ini. ya doa. 

teringat kata seorang sahabat ketika zaman persekolahan dulu.
 "jika hari lahirmu tiba..tidak kira dalam masihi ataupn hijrah.seeloknya berpuasa ataupn sedekahkan al-fatihah buat diri. ditambahkan kemanisan dengan solat syukur atau sebagainya tanda syukur pada pencipta kita'

tersenyum. faham apa yang ingin disampaikan

"kalau boleh jangan pada hari lahirmu saja. teruskan pada setiap hari hidupmu"  mengakhiri katanya dengan senyuman yang terukir dibibir.






Wednesday, April 8, 2015

Tuesday, April 7, 2015

Bismillahirrahmannirrahim



Tuesday, August 20, 2013




perlu hadapinya...

Friday, July 26, 2013


jujur.
esok hari yang dinanti.
kestabilan emosi terganggu.
entah apa yang masuk mengetuk 
sehingga bercampaur baur
ditambah dengan keraguaan yg datang tanpa diundang
tentang berita yang datang secara tiba-tiba semalam
tentang kertas 
tentang 
segala-galanya

ak mengingatkan diri sekali lagi.
pengharapan dan kebergantungan hanya pada NYA
penentu segalanya..

pasti tiada kekecewaan di penghujungnya...



ramadhan 17
semakinmenghampiri penghujungnya.

Wednesday, June 12, 2013

lately nie semakin banyak perkara terjadi. 
mula kembali ke tabiat lama.
tertanya pada diri..
adakah ini ak yg sebenarnya..
yg akan kekal sebegini..

diam..
membisu..
rasa semakin jauh..
semakin kabur..



Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum ku berubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang ku terendap dalam sikap dimana ku berubah


Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan ku bertahan dalam perubahanku

terdengar lagu edcoustic-berubah


Saturday, April 27, 2013

only a few things-


pertama-
tiada tempat dituju selain dari tempat ini. di dalam hati bertanya bilakah mahu berakhir semua ini. kerna ak ingin pulang. berada disamping keluarga. perlu bekerja keras lagi. perlu kuat memaksa otak memerah dan terus memerah. masih tiada lagi usaha yang perlu dibanggakan.  kecewa dengan diri. gagal mem'perform' kan diri pada bulan ini. tiada lagi satu paper pn siap. kegiatan menaip juga kian menurun. punya result yang membuat hati bimbang. kesedihan menyelubungi diri beberapa hari ini. pabila menerima khabar berita. cabaran dipertengahan jalan lagi. keyakinan menurun kembali. mampukah? tahun ini?? hati bertanya. diam. membisu.

kedua-
ia bukan membantu. tapi ia adalah tugas atau lebih tepat lagi tanggungjawab. setelah kita bersetuju untuk menggalasnya.  mgkn duduk dan berdiam diri. melihat saja pe yg berlaku. tu yg terbaik. 

ketiga-
bukan ingin menolak. tapi diri sendiri masih terumbang-ambing. bagaimana mampu menggalas yg lain. memang ia sesuatu yg bagus. rezeki jangan ditolak. maut jgn dicari. kata pujangga. tapi bila memikirkan balik seperti menjerat diri sendiri dengan tali gantung. 

keempat-
sungguh masa pantas berlari. masih bersisa. dan kesannya cukup dapat dlihat. lihat saja kehidupan.sejauh mane mampu diterbang2kan dan dibawa oleh angin. adakah mungkin tunggu taufan sandy dtg? ok. reaksi normal.

kelima-
hati. tidak sampai lagi sebulan. keyakinan dan paling penting persiapan diri.


dan seperti biasa bulan april 2013 akan menutup tirai. dan ak yakin kita tidak akan berjumpa lagi april 2013......


no_cha 
april, 2013
lab gis/rs


Saturday, November 17, 2012

mungkin sudah sampai masanya....


perkara yang kita tak jangka..
as i said before whatever can happen will happen.
dengan izinNya.
dan ia terjadi jua..terkedu seketika..
tido sekejap dan berharap pabila bangun nanti..
ini semua adalah mimpi semata2..
dan akhirnya harus diakur jua..
menangis tidak mampu menyelesaikan segalanya..
pujuk hati..
pasti ada cara untuk mengubati sakitnya..
membawa kepada yang lebih memahami situasinya..
mungkin dengan cara ini dapat mengetahui punca sebenar..




p/s: berharap agar kembali sihat seperti sediakala..tapi mungkin sudah sampai masanya....

Thursday, October 18, 2012

secara perlahan-lahan....

perlu terus kuat...bukan kuat makan.bukan jua kuat tido ataupn kuat berlari.
tapi perlu kuat menjaga hati. 
perlu kuat menundukkan nafsu. 
bukan nafsu yg mengawal akal tapi akal yg sepatutnya mengawal nafsu. 
perjalanan tempoh 6 tahun. bukan sesuatu yang mudah. 
tapi sampai bile.. ye persoalannya sampai bile??

ingin berubah tapi langsung tiada tindakan.. 
bukan tiada tindakan..bukan ingin menmbuat alasan 
tapi tidak mahu perkara tu berulang lagi. tidak mahu menyakiti lagi...

biarlah secara perlahan-lahan...dan berhemah spt org yg punya akal dan ilmu =)


p/s: masih bertatih2 ag di permulaan titian baru nie.... 





Tuesday, August 14, 2012

pemilihan~

kata sahabat: bukan ikut pe yg minat tp pe yg dunia perlukan skang.
kata bapak: hidup nie bukan pe yg kite mahu tapi pe yg kite boleh lakukan.

nasihat yg serupa..

dan kata seseorang: istikarah dan gerak hati.

p/s: x marah pe yg berlaku. cuma tawar hati bile keadaan yg kite rasakan x perlu lgsg untuk dicampuri.jgn sesekali kite campur tangan wlpn niat kite baik.


Monday, July 23, 2012

kemungkinan

mungkin akan dibiarkan..
mungkin akn hilang tanpa dikesan..
dan mungkin akn lesap wat selama-lamanye...

kemungkinan...
ya..antara 3 kemungkinan..
dan mungkin akn fokus pada satu..
jangan ditanya jika salah satu dari 3 kemungkinan tu terjadi..

kerna ia pernah bermain dibenak fikiranku selama ini..
dan x mustahil ia terjadi..
dan yang pasti ade hikmah disebaliknya...

dan mungkin tu yg lebih baek...
ibarat seperti kita ada kehidupan yg baru..dan seakan cuba menutup yg lama...
tp x mustahil kadang2 yg lama akan terbuka semula...
kerna kehidupan harus ditoleh ke belakang
agar perkara terdahulu dijadikan iktibar....

yg pasti kemungkinan tu akn terjadi...

maapkan ak....

p/s:buat insan yg btui2 faham akn maksudnya...

Wednesday, May 16, 2012

kisah hari...

pembuka pagi td..suara mak kedengaran di sebalik speaker phone..selang beberapa miinit selepas subuh.. 
dan hati sedikit terubat mendengar suaranyer...
tapi tak lama ia bertahan....
pabila menerima mesej yg ckp ak katakn merosakan segala emosi ak satu hari tu...
dan bile emosi bercampur kepenatan dan hasilnyer kecaluran berfikir..
semua akn terkena tempias.....

kpd KAU...ak nasihat CUKUP R!!!
bilekah kau mahu berhenti...tidak penatkah..

kerna ak penat..sgt penat..bile memikirkn masa semakin suntuk...

ketika langit mula bertukar warna keorenan dan kemerahan..
ak terlepas detik waktu tu....
dan akhirnyer ak mula faham
ak tersilap langkah...


dan malam nie ak bersyukur....
kerna impian yg dianggap sukar dicapai..
menjadi nyata....
trima kasih.....

kemudian emosi mula kembali pulih...
tu r ak....dan kisah hari yg bermakna ak lalui sepanjang hari nie.....

Monday, April 23, 2012

advice~



nasihat. sesiapa pn boleh memberi nasihat. bergantung pada caranyer tersendiri. x semua cara org tu kite boleh terima. ingat manusia x sempurna mane pasti ade kekurangan. begitu jua ak..-__-'

teringat cara menteri penasihat rumah(bapakku) atau mak memberi nasihat @pn teguran padaku selain dirumah tyme makan x pn tyme dlm keta.haha mmg kena r nasib badan jika dlm keta tu sbb x leh lari. dan teguran @pn nasihat tu akn berhenti jika keta tu slmt smp ke destinasi..hahaha..

salah satu cara yg bapak ak pernah gunakn masih ingat sehingga skang iaitu ketika umur ak menigkat remaja.  tuk menegur ku  adalah ketika menghantarku ke sekolah pada awal pagi sblm kuar mencari rezeki. jika ade something yg ak lakukan tidak kena di mata bapakku maka bermula r teguran di atas moto tu di pagi yg indah dan nyaman.haha.perkara tu akn dihuraikn ngan pjg lebar dan disertakn ngan nasihat serta kisah2 nabi.sehingga ak hanya duduk dibelakang pembonceng moto mendgr ngan penuh perasaan bersalah dan sedey. terkilan ngan dosa yg dilakukn. bergantung pada nada tegurannyer.jika tegas bunyi tegurannyer bermakna die marah ngan tindakan ak tapi jika lembut nada tegurananyer sebaliknyer.. tapi tu dulu tyme usia remaja r. skang bapak dh x anta blaja naek moto dh..ak windu tyme tu sbnrnyer.. windu jadi pemboceng...=(


dan berharap moga kemarahan semalam hilang ditiup angin..sile hargai penat lelah manusia yg membuat sesuatu tuk kite...

p/s: kurang ag 6 minggu..i.allah jika diizinkn selama 4 tahun semuanyer akn berakhir.amin.

Friday, April 20, 2012



menhijabkan diri dengan kain selendang nie mudah
tapi menhijabkan hati didlm nie sukar....




Tuesday, March 13, 2012

..................................

teringat zaman sek asrama dulu.ak begitu addicted nga pain killer.ahha. bile balik asrama je.tertekan je kepala berdenyut2 jalan mudah pi telan pain killer. smp satu tahap ak mula ade kesedaran prihatin pada diri.so ak stop.tu cite lebih kurang 6 tahun lepas.

skang nie..cite skang.tahun nie dan saat nie..agak tertekan sbnrnyer..bukan agak tapi memang..upe2nyer makin kite menghampiri penyudahnyer makin begitu byk halangan. kekuatan terasa begitu kuat bergoyah.

peristiwa ptg td..rase berat nk tgglkn rumah.mengenang keja yg semakin byk dan tekanan yg semakin kuat dan tanggungjawab..terpaksa gagahkn diri... ak ingin pulang...





p/s: kadang2 x salah kite tuk menangis....kerna kite juga manusia yg tidak begitu kuat menyimpan segalanyer...

Monday, March 5, 2012

ak dan die

ak dan die juga insan biasa..
berjanji tuk menamatkannyer bersama2..
tahu ujian nie sggh berat...
die tidak sekuat mane sbnrnyer..
setiap kali air mata menitis..
sggh ya Allah berat dugaan nie..

terdengar lagu nie..nyanyian jason mraz-i won't give up







Friday, February 10, 2012

at last terluah jugak....

simpan.ke atau jujur berkata. ntah r.ak pn x tahu.marah.ye ak marah. byk sebab.
first.manusia yg jenis tikam manusia dari belakang. mmg r tikam tu bukan pakai pisau tp pakai perbuatan.kalo pakai pisau dh lame mati manusia yg jadi mangsa tu. second manusia yg sedar n x buta ag. yg die cb berlagak dan berpura2 rapat ngan seseorg yg die tahu hakikatnyer yg org yg die rapat tu sbnrnyer punyer org laen. hakikatnyer die buat2 buta atau mmg buta.ak x tahu.hanya die yg tahu bahawasanyer pancarindera die berfungsi atau x. third. ak rase manusia jenis nie mmg licik.pandai bermaen ngan kata2. perumpama melayu kate mcm biawak yg lidahnyer bercabang dua. ntah btui ke x perumpama an ak nie. manusia jenis nie ak pernah kena so pengajaran berhati2. sbb suke ambik kesempatan. ke-4 manusia yg berubah disbbkn manusia laen. ak serik.muak ngan perubahan manusia kerna manusia.kalo ke arah jalan yg lurus k r.kalo ke arah jalan bengkak-bengkok.hmmmm.ke-5 manusia yg tahu org tu ade org laen.sedar2 r diri tu. xkan x sedar.nk memperbodohkn diri ke pe. dh nasihat.tp wat2 x phm.pekak pe.ke tuli.ikutkn kehendak hati. last2 merana x sudah. wei buka mata besar2 boleh x. t bile digelar perampas, marah. so sedar r. ke-berapa ntah..manusia yg x phm bahasa bile mase sesorg tu dlm keadaan marah @pn bengang. nie manusia yg mmg x phm bahasa lgsg. mgkn manusia yg jenis nie nk org tu tulis kat kertas A3 besar2 kata "WEI AK TGH MARAH NIE"!! then tampal kat badan die.kasi manusia nie paham. yg ke 101 manusia yg jenis nie memilih org laen kerna nk senang.mudah keja. yg hamba allah kat depan tu ko wat bodo je.sbb x serasi.then bile pe2 hal.tergedik2 ko dg cari manusia yg ko rase x serasi. pe ko ingat hamba allah tu x de hati.x de perasaan. yg ke-102..kalo manusia tu ngah marah.jgn ko sangka x de angin x de ribut tibe2 manusia tu nk marah.wei ko bukan die.so ko x tahu die marah sebab pe.x kan r die nk wat pengumuman satu dunia die marah sebab pe. so kalo ko x nk kena tempias.nasihat ak jauhkn diri n tutup mulut. selain tu seorg hamba allah yg x paham2 bahasa setelah berjuta2 kali ak berlapik.berkias. jgn smp satu hari ak terjujur. sedar r..tolong r.ak dh penat dh.pemimpin yg ak x tahu reti beza atau x. yg dh ditegur berjuta2 kali tapi still x phm bahasa. mgkn kena speaking pki bahasa jerman baru die paham kot. nk ketuk kepala bg paham t dikatakn kurang ajar pada org tua.wei ko tu pemimpin.semua mata tgk ko. tlg r jgn wat yg ko tahu pe akibatnyer..baru sedar ak terpesong sikit tp still antara ciri2 manusia yg ak............

ak rase better ak berhenti bile emosi mula mengawal otak ak. lame ak simpan.cuma kali nie ak x tahu kenapa terdetik tuk menulis disini.bukan pada yg satu ag...

p/s: kpd yg terasa.maaf.ye ak sedar ak juga bukan yg sempurna.nie pe yg ak rase.ak punyer blog.ak punyer luahan.sekian.


Friday, February 3, 2012

no words~






hampir pukul satu pagi..mata still x dpt lelap.ntah nape ak masih ag memikirkn perkara nie. hampir sebulan lebih perubahan yg berlaku. selama tu juga byk perkara bermain dlm fikiranku. mgkn byk perkara yg harus die fikirkan.tanggungjwb semakin besar. mgkn ak yg terlampau mementingkan diri.x memahami situasi yg die lalui. adakah die berubah atau perubahan keadaan atau jua ak yg berubah. ingin bertanya.tp mulut seakan berat tuk berkata. mgkn ag baek dan elok disimpan dan dibiarkn saja ia begitu dan berharap moga ia berlalu pergi begitu saja. dan jua berharap segalanyer akn kembali pulih seperti dulu.