Showing posts with label renungan bicara. Show all posts
Showing posts with label renungan bicara. Show all posts

Wednesday, April 8, 2015

Monday, September 23, 2013



M : "bagaimana ya suasana kehidupan belajar di universiti.?? tidak pernah rasa. dulu habis sahaja spm terus keja kena cari duit."

Ak : tergamam.....

last week.soalan itu dituju kepada ku dari seseorang rakan membuatkan ak teringat kembali. yang kite ini kadang-kala alpa dan lalai. selalu mengatakan ini tidak kena.mengena jadi sebegini. mengapa, mengapa dan mengapa. sehingga kita lupa. perjalanan setiap insan berbeza-beza. kita patut bersyukur dengan apa yang kita miliki.




notanasihatuntukdiriiniyangseringkalilupa...

Tuesday, July 16, 2013

Perjalanan Yang Terindah..


SUBHANALLAH...

mata menghasilkan mutiara jernih.betul-betul didepan mata sekarang.tidak terkata.sukar dijelaskan. selama hampir 24 tahun 29 hari bernafas di permukaan bumi milik-NYA. yang selama ini hanya melihat dari kejauhan melalui kaca mata television dan gambar.kini ia menjadi realiti. alhamdullilah.
bila diimbas kembali detik permulaan perancangan untuk menjadi tetamuNYA. pelbagai perkara yang berlaku sehingga saat hari terakhir berada di sana. dan diakhiri dengan sesuatu yang indah. ku akui perancangan Allah ternyata sebaik-baik perancangan. melihat kebesaranNYA, menziarah tempat yang selama ini kita hanya belajar sirahnya, melihat pelbagai jenis ragam manusia. dari setiap pelusuk dunia. dikumpulkan di satu tempat. perjalanan yang dicipta dalam 16 hari. dengan seramai 23 ahli keluarga Hasnah Musa bermula dari KLIA-Dubai-Madinah-Bir Ali- Mekah-Jeddah-Dubai-KLIA. Penceritaan bagi setiap perjalanan ini memerlukan leraiannya kerana ia mempunyai cerita dan ziarah tersendiri. mungkin diwaktu dan post yang lain. tidak pada kali ini.

jika dizinkan. ak ingin kembali semula. menjadi tetamuNYA semula. dan mahu betul-betul bersedia. sepenuhnya. Insha allah.

hati sudah mula merindui.

terutama disini..
bertemu dengan kekasih Allah..
dan disinilah satu peristiwa tercipta.








p/s: mula menabung dari sekarang!!

Friday, June 15, 2012

Al-Harj...

makin lame..makin takut melihat byk sgt kekejaman berlaku..
makin lame..makin manusia mengikut telunjuk hawa nafsu yg rakus mengejar kemajuan dunia sehingga ilang sifat kemanusiaan..
makin lame..makin dirasakan dunia nie tidak selamat..

ye..jujur ak katakan..kadang2 pabila melihat cerita ataupn berita2 boleh membuat hati tidak tenang..
sggh manusia makin kejam...
mane pergi ilangnyer nilai kemanusiaan!!

ye zaman skang..nyawa tidak ag dianggap benda yg paling berharga.boleh saje dibunuh, dizalimi, ditindas bile dirasakn perlu dilakukan sebegitu..dan paling menakutkn bile tiada rase bersalah hadir walaupn sekelumit dalam hati mereka yg melakukn sedemikian..

bile melihat berita, gmbr even video mengenai mereka yg ditindas..hati begitu sayu..tapi bertambah sayu dan sedih even terkilan pabila ramai yg tidak tahu, atau langsung tidak pernah ingin mengambil tahu kisah pe yg berlaku, pe yg terjadi..mereka seakan2 rasakan bahawa ia tiada kena mengena dlm hidupnya..
pe yg berlaku didunia sekarang disekeliling mereka lgsg tidak ingin mengambil tahu..
ibarat mereka merasakn hidup di PLANET laen...
maap jika ak katakan mereka layak dikatakn mementingkan diri sendiri...

at least ambil tahu..luangkn masa membaca berita..luangkn masa berdoa tuk mereka..demi keselamatan mereka..berdoa r mohon agar semua perkara nie semua kezaliman nie dihentikan...selamatkn r mereka yg dizalimi dan ditindas...

seorg sahabat mengingatkanku ttg sebuah hadis yg dimana kiamat tidak akn terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah(ujian kpd keimanan) dan byk berlaku "Al-Harj".

"Al-Harj" iaitu " PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN"



Wednesday, May 30, 2012

mengeluh x cukup masa???

makin nk dekat exam..makin tinggi gunung segala macam assgnmnt,report dan PSM..
dan makin dirasa masa sgt2 laju..sgt2 x CUKUP MASA..

adakah btui??
bile duduk dan berfikir balik..
masa same je..x denyer berubah.setiap hari 24 jam. xde nye sok 20jam.lusa 28jam.tulat 24 jam dan seterusnyer.. xde an..dan x akn berlaku...

so ak wat kesimpulan ak sendiri.harus dipersalahkn diri sendiri.bukan masa.

tp kadang2 kite x mintak pn ade halangan dipertengahan perjalanan kite. contohnyer..perkara yg kite x jangka tuk timbul spt result research kite yg x muncul2 menyebabkn PSM kite dipertengahan jalan..(ayat menyedapkn atie) dan again..tu bukan alasan yg patut diberikan..

so sekali lagi ak wat kesimpulan salah ak.kerna tidak berusaha terlampau keras...

tapi an...sedar x dalam MASA yg kite rasa semakin singkat dan tekanan yg semakin kuat spt dihimpa batu yg sgt2 besar (hiperbola), masa kite ngan DIA..bagaimana?? terlampau fokus pada "gunung yg tinggi" tu sehingga masa nganNYA kite abaikn.. bile tertekan,bile masa singkat..kite makin sibuk..sesibuk2nyer ngan DUNIA..sampai satu tahap t kite akn berkata "ak penat r"...

tu r yg pernah ak lalui..

dan smp saatnyer..seorg sahabat menegurku..

"perbaiki r masa mu ngan DIA..laungkan masa tuk nyer.. kamu rasakn masa tu tidak cukup..padahal kamu masih lagi boleh duduk berborak, menyembang, bersenda gurau, bergelak-ketawa,masih lagi boleh berjalan2 pi sana..pi sini, masih ag sempat bergayut, sms.. masih ag  bermuka buku, tgk video, tgk nie..cuba fikir..kalo ketepikn semua benda2 nie..percaya x kalo saya katakn bahawa masa tu cukup..bile masa kamu ngan DIA terjga..i.allah pasti masamu akn terjaga jua"

dan saat tu, tika tu, detik tu..

ak terkesima...

so dan sekali lagi ak membuat kesimpulan..sesibuk mana pn kite sebusy mane pn mengejar dunia...."mendekkn gunung itu"

paling kurang pn jagalah masa kite ngan DIA..
atleast lihat r solat kite..adakah diawal waktu..dipertengahan waktu ataupn diakhir...penghujung waktu..ataupn sipi2 je nk masuk waktu solat laen....

dan yg pntg doa..adakah lepas abis solat terus lipat sejadah??
tepuk dada..tny r diri kite..kerna jawapan nyer hanya ada pada kite je..

trima kasih sahabat kerna mengingatkn ak...=)

p/s: peringatan tuk diri sendiri...




"gunung yg tinggi tu"-gambar sekadar hiasan..

Tuesday, May 8, 2012

rintihan....






p/s: kerinduan pada sebuah tempat yg dipanggil "rumah"

Sunday, December 18, 2011

ia pasti~

hujan.membasahi bumi.x de siapa yg boleh memberi jawapan yg tepat bile hujan tu akn turun menyirami bumi dan berhenti. kite hnaya mampu membuat ramalan berdasarkan faktor2 tertentu..begitu juga ngan kematian. ye kematian.
ia pasti.tiada sape boleh jangka bile dan dimane.ia pasti akn tibe dan menjemput kite.tidak terawal mahupn terlambat sesaat pn dari yg telah ditetapkn.

berita yg kuterima pagi td.membuatkan ku terkedu. seorg sahabt yg ak sayang.yg menjadi pendengar setia pada kisah hidupku samada duka mahupn gembira. dan hari die kehilangan seorg ayah. tiada tanda. dalam sekelip mata ayahnyer pergi meniggalknyer...siapa sangka..



doaku agar dikau sabar dan kuat menerima ujian nie....

al-fatihah..


Wednesday, October 26, 2011

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥




Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

HZ COPYPASTE FROM ALLAHSEEKER.BLOGSPOT.COM

Sunday, October 2, 2011

*tersentap

ak kembali ke pangkalan jalan.hmm.isi tersiratnyer ak kembali semula ke sini tuk memuntahkn segala emosi yg terjadi pada hari nie.bunyi mcm drastik je.tp x r se"drastrik" sgt.honestly.yes,it is.k.x phm.sbnrnyer x reti sgt nk menggambarkan emosi.so wat2 r paham. the point of today is my heart or else hati.hati yg ade didalam badanku nie..agak tersentap membaca *tajuk, melihat **gambar serta menggunakan jejari yg x berapa runcing nie dok menekan mouse "next..next..then next..image kat pesbuk nie"(try imagine k)

*=pengguguran janin yg berleluasa di tmpt yg byk kepura-puraan singa
**=byk janin yg sdh x bernyawa dimandikn dan dikafankn..

tuk tatapan tekan nie tp peringatan kalo sggp tuk menatapnyer shj layak dok menekannyer.

yup.mmg perempuan nie cpt emosi.cket2 nk nanges.cket2 air mutiara gugur.tp tu r perempuan.hawa.wanita.women.tp ak btul2 x phm.org yg lakukan nie perempuan yg ade emosi x??pengguran janin yg berleluasa.yg skang dh terlampau terang.smp tahap dh x yah guna lampu spotlight dh.malu!! x de lgsg.sayu tgk.

haiwan pn tahu sayang anak..

images nie ak copet
dari movie TARzaaN Disney.


citer Tarzan nie..ak msh ingat smp skang yg pernah terbaboomm(meletup) di pawangam zaman ak budak kecik yg sopan.erk..*-_-.cuma dialog dlm tu je ak lupa.jalan citer ak ingat.kalo x ingat.pi tgk video die.lagu die pn ak ingat.siap di"translate"kn oleh pak cik zainal abidin.(kalo x silap ak r)
*lihat betapa kuatnyer ingatan ak..-_^..




jujur n ikhlas dlm lubuk hatiku..ak rasa takot bile pikirkn masa yg akn dtg...

p/s: t'ingin mkn ais krim malaysia..windu sgt!!...ak x jumpa kat dlm bumi UTM nie!!*emo..sape ade nmpk sila roger ak secpt mgkn....


x mo yg macam nie tau!!


NAK YG MCM NIE!!!
(k demand lbh)



Sunday, September 18, 2011

sekadar nk kingsi..

jumpa cerita nie kat fb...sekadar nk kongsi dkt sini...


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Saturday, April 2, 2011

miracles


p/s: semua t'jadi ngan keizianan-NYA...

Tuesday, March 8, 2011

bagaimana pula kite??

td.kemaskinikan folder.byk sgt klip video.patut r laptp smkn m'rajuk ngan ak sejak akhir2 nie..bak kate dr.alvin,"laptop kamu lembab sbb byk citer.camner r data nk proses cpt.."so ak pn m'buang ape yg x sepatutnyer. ak jumpa semula 1 video yg prnh ak titiskn air mata kerna ak rase spt tidak layak m'jadi umatnyer...begitu mulianyer nabi kite sehingga nyawanyer dicabut n setelah baginda dibangkitkn semula..hanya 1 perkara yg nabi risau..iaitu umatnyer...

begitu sekali sayangnyer nabi pada kite...bagaimana pula kite??


p/s: video nie dulu ak dapat dr blog nie

Friday, August 6, 2010

malam pertama kita~


malam pertama kita


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

Tuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan

Mandipun...harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .

Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....

Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,

Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih

Kain itu ...jarang orang memakainya..

Karena sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita...

Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan

Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... langsung disiapkan

Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin....

Berwalikan liang lahat..

Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan

Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..

Menunggu dan ditinggal sendirian,

Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..

Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah

Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....

Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...

Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....


p/s:renungan tuk diri nie serta rakan2..