Thursday, September 13, 2012

In Memory

melihat kotak-kotak yang telah terisi dan tersusun rapi. senyuman boleh terukir.jika matlutfi punya impian untuk membuka online shop, ak juga punya impian membuka perniagaan cookies setelah mendapat suntikan jarum semangat dalam membuat cookies untuk majlis abang-abang-abang ak..dan tidak ketinggalan ice cream goreng.baru ak sedar betapa selama ini pembuatan ais yang berwarna dan punya perisa ini senang untuk dibuat.kini ak akur kata-kata mamai.haha..

memandangkan ak dah lame menyimpan entry ini.tidaklah berabad mana pn dan memandangkan juga pembukaan semester baru sudah bermula. ak ingin mengimbas 32 orang..yup hanya 32 orang.tidak ada lebih mahupun kurang. in memory 12th batch of RS. tidak punya seksyen.tidak punya ahli yang ramai cuma 32 orang sahaya.. 4 tahun bersamaan 48 bulan(tidak tertolak cuti sem) bersama dengan mereka.

punya seorang ketua.yang tiap-tiap semester akan terlantik dengan sendirinya.tanpa ada langsung pencalonan    lain yang layak menandinginya. menjadi orang tengah untuk kami semua.urusan kelas ganti,batal,kelas wujud.semuanya serah pada dia.dimana?bile?tarikh?hari. die ade jawapan pada semua persoalan.

first time ak kenal dan sebilik dengan die.satu perkara yang amat pasti dan ak lihat adalah hijau. yup gadis hijau.maksud ak kebanyakan barang hak miliknya adalah hijau. punya partner yang sekepala dengannya. yang keretanya bernombor plat ------ berwarna jingga.

punya 4 orang perempuan non-malay.yang senyuman tidak pernah ak rasakan lekang dari bibirnya yang ak gelarkan kak. punya gosip cinta dlm batch ini. 2 darinya memang punya tempat duduk yang setia didlm kelas. kerusi hadapan sekali.

dia punya kembar yang agak seiras.mmg serupa. teman yg selalu disisinya seorang yang punya kesabaran yang tinggi dalam ilmu programming. dan seorang lagi yang punya warna kegemaran kuning. kelajuan membawa kereta diakui.

die ini seorang yang paling ak suka bila muncul part makanan. bagi lah pe saje makanan untuk dirasa die pasti akan memberi ulasan. rajin dan suka men"survey' tempat makanan. mmg terbaik.dan antara dua org yg rajin menggunakan tangan kiri didlm batch ini dan hebat bermain game. orang kata seorang gadis ini pnya muka seiras pelakon.zila bakarin.hehe. suka akan perubahannya.

paling kurang tinggi didlm batch ini.tapi matang.yg ak akan ingat adalah mee rebus air tangan ibunya.lawannya orang yang paling tinggi.seorang lelaki utara punya pasangan kembar nama huruf "C" iaitu seorang yang paling senior dalam kelas ini. kuat menegakkan pendapat sendiri bile berhadapan dengan seorg pengajar. dan sepasang nama huruf "L" juga ada. kedua2nya punya gaya mutu keunggulan tersendiri.

penambahan tiga orang pada tahun ke-2 pengajian.ketiga-tiganya berbeza perangai.dan yang pasti mempunyai kelebihan tersendiri dlm bidang survey-meng'survey. umpama ditiup angin pasti terbang.just perumpamaan.kerna punya fizikal yang jelas dan ketaranya kurus. dua orang juga. berlainan jantina. seorang kidal dan seorang yg telah lama ak kenal sejak 6 tahun lalu.

nama empunya tuan ini selama 4 tahun dalam senarai list nama mesti atas nama ak.tidak pernah berubah.. paling ak ingat pabila duduk disebelahnya sewaktu kelas pasti suka melukis apa yang dilihat dihadapan yang dianggap menarik..hasilnya mampu buat orang ketawa. made by sandy.yup tuan badan ini pengeluar perkataan dan konsa kata yang unik-unik belaka.  gadis yang bernama ayu.nama ok.nama ayu.. bersemangat dalam menjadi seorg usahawan. doaku moga dia berjaya.amin. seorang yang puya bakat dalam bidang tennis dan sebenarnya seorng senior sekolah ak yang tidak pernah ak jumpa di sekolah.hehe

seorang gadis yang ak suka mendengar presentationnya kerna pronunciation english yang sedap. selain gadis ini ada juga seorang mamat yang sentiasa bersemangat pabila membuat presentation. ya.sangat-sangat bersemangat. sungguh bagus untuk dicontohi sikap bersemangatnya itu.agak kesian kerna selalu menjadi mangsa keadaan.

yang seorang ini suka melihat atau lebih tepat suka memerhati.lihat, teliti dulu baru berkata. tapi yang paling ak ingat adalah huruf "R" pada dirinya.punya jua nama timbangan yang juga bermula dari huruf "R". begitu setia dengan rumate yang sama selama 3 tahun. seorng yg tidak mampu untuk menolak pertolongan orang.haha.bagus2 harus dipuji sikapnya. dia juga handal dalam bab-bab makanan.dan impian mahu menjadi seorg usahawan berjaya.amin.mamai nama diberi.ak suke chese tartnya.haha.matanya sepet. rumahnya bersebelahan daerah ak. haha.cuba bayangkan jarak rumahnya dengan rumahku. boleh menjadi seorang penasihat. kerna gaya dia berkata-kata mmg boleh mempengaruhi orang.




4 tahun.macam-macam terjadi.suka dan duka.
dari ber'camping' di hutan belantara dan paya bakau
kepada percutian belaja ke luar negara.
susah senang mencari duit sehingga 
berniaga bunga, muffin dan dadih
dikir barat la..
saman-menyaman..haha
kerenaah dalam group work.
air mata yang tumpah dalam tekanan 
dan banyak lagi
sungguh banyak.
dan yang paling sehati sejiwa dan membuat 
kami semua bersatu adalah part makanan.
lebih2 ag barbeque.hahaha..
doaku moga semuanya berjaya dalam jalan hidup 
masing-masing

JUN 2008~2012

p/s: tidak lame lagi persekitaran baru,tempat baru dan orang juga baru+lama..ini jalan yang ak pilih..

Tuesday, August 14, 2012

pemilihan~

kata sahabat: bukan ikut pe yg minat tp pe yg dunia perlukan skang.
kata bapak: hidup nie bukan pe yg kite mahu tapi pe yg kite boleh lakukan.

nasihat yg serupa..

dan kata seseorang: istikarah dan gerak hati.

p/s: x marah pe yg berlaku. cuma tawar hati bile keadaan yg kite rasakan x perlu lgsg untuk dicampuri.jgn sesekali kite campur tangan wlpn niat kite baik.


Wednesday, August 1, 2012

dua point~

1 august 2012
memasuki bulan baru.begitu jua fasa kedua bulan ramadhan. perjuangan diteruskan.
seingat ak..beberapa hari yg lalu menteri penasihat rumah I ade menyatakan hargai r mak selagi masih punyer waktu berbakti maka berbakti r. ambil iktibar pe yg terjadi pada jiran sebelah yg baru saje kehilangan maknyer. ade something dlm ayat menteri penasihat I nie.

first..ak tahu ak perlu cepat mengemas rumah nie ngan sepantas kilat dan sekilat2nyer cermin2 serta dinding2 dan lantai2 sehingga bersinar2..ahah..over..tp yg penting ak kena tangkas.cekap dan .......... (mcm moto yg pernah ak ngar) ngan azam spt nie ak rase x lame lagi ak boleh goyang kaki sebelum menjelmanya raya..

second..kehilangan.hmm jiran sebelah. k.secara jujurnyer ak akui ak insan yg lemah.x tahu pe yg berlaku disebelah dan menyebelah. yg ak tahu kiri dan kanan dua2 jiran berbangsa cina.dan punya anak lelaki tp x tahu r status ank laki mereka..see ak insan yg lemah.sehingga status anak laki mereka pn ak x tahu. tp bukan nie yg ak mahu fokus.yg membuat ak konfius. jiran yg belah mane yg kehilangan org tersayang.. sggh ak xtahu wlpn dan hampir 3 minggu ak pulang. bukan salah ak. ak cuma insan yg lemah.

bile berfikir2 semula dan meneliti balik. ada tikanya ak musykil  pabila ak lihat uncle tan akn membuka sendiri pintu pagar rumah apabila pulang dari urusan kerja. kerna sejak dari kecil dan pembesaran ak.. isterinya akn membuka pintu pagar stp kali bunyi hon didepan rumah tanda uncle tan sdh pulang. dan nie dikuatkan lagi ngan jawapan dari putera bongsu dalm rumah nie. yg menceritakan dari titik permulaan sehingga r penghabisan.

teringat peristiwa dimane pagi tu ak keluar rumah tuk menyempurnakan misi ak di pulau carrey,
 ak terserempak ngan uncle tan. selalunyer kalo berselisih ak akn senyum shj.x pernah berbual. tp kali nie laen sikit terserempaknyer. mengambil peluang berborak dan spt biasa uncle tan mesti akn tanya soalan femes sejak 2-3 tahun lately nie.. 'u anak pompuan yg pertama ke atau kedua??' kerna beliau akn selalu konfius antara ak dan adik ak.walaupn hanya kami berdua je anak pompuan mak..tp it's k.ak mengerti.kadang2 pabile kite jarang2 berada dirumah. melihat raut wajah uncle tan yg dimamah usia.baru ak sedar masa begitu cepat. yg membuat ak tersenyum dlm sesi berborak tu..beliau mencadangkn spy ak berehat dulu dirumah pada bulan pose nie.x yah sibuk2 cari keja dulu. katanya t senang nk pi sembyg terawih x r penat sgt. cari keja lepas raya.
terima kasih uncle...


kembali ke point pertama..hargai jasa dan pengorbanan mak..dan hari nie bersamaan 12 ramadhan, 1 august 2012..

kepada Puan Maznah,
selamat hari lahir mak a.k.a menteri penasihat rumah II. terima kasih atas segala2nyer. membesarkn kami enam beradik. terima kasih mak kerna 'selalu, sering dan akan' mengingatkan kami 6 beradik serta sabar ngan kerenah kami semua..




p/s: "setiap pagi sedekahkanlah al-fatihah kpd kedua ibubapamu (x kira msh idup ataupn tidak) mescaya pintu rezekimu akn terbuka buat kamu"

Friday, July 27, 2012

berusaha....

sejauh mane pn kite berlari...pasti kite tidak akan mampu melupakannya...
masih gagal..tp x pe..akn cuba berusaha..
senyuman sedikit membantu...

"SIKAP manusia ni bergantung pada NIAT dirinya" nak perbaiki sikap perbaikilah niat dalam sesuatu perkara..=)
~petikan kata2 seorg sahabat..


p/s: prestasi ari nie tidak begitu menggembirakan..x pe.perlu gigih ag berusaha.. masih ade waktu ag..~_^



tgk jam tu..masih ade waktu ag...ehhehe


Wednesday, July 25, 2012

sering, selalu dan akan......

selalu ak ngar kata2 yg mengatakn bahawa ramadhn nie mgkn ramadhan yg terakhir buat kite jadi rebut lah ia...paling tidak pn pernah terlihat dimane2...

dan ramadhan kali nie ak bertemunya..allhamdullah..masih ag dipanjgnkn umur.bersyukur dpt melaluinyer. cuma kali nie berbeza sedikit. ada perubahan dari segi segala2 aspek. dan paling utama adalah ak dicop rasmi sebagai seorg pengusaha penanam anggur di rumah nie sejak awal julai. yup.kehidupan seorg pelajar berakhir. permulaan bekerja sbg pengusaha anggur rasmi nie diuji takala suhu darjah naek dan naek. hampir semggu ak mengambil mc di kamar bilikku..sggh bile kesakitan atau lebih tepat pabila kenikmatan kesihatan ditarik walaupn sekejap..sggh baru ak sedar begitu berharganya sesuatu nikmat. dan spt biasa ak terfikir..hmm nie baru diuji ngan nikmat kesihatan..so hargai r nikmat yg paling besar yg dikurniakn kpd kite iaitu nikmat ISLAM..eh!nmpk..see..pe yg ak cb smpkn.nikmat2 nie..so besyukur lah...

dlm terfikir menjadi seorg pengusaha rasmi penanam anggur..terdetik dan dlm masa sama terlintas dihati mencari keja yg boleh mengisi masa dan mengisi kocek ak. dlm mencari-cari misi part time..ak dioffer di sebuah ***** tuk berkerja. sukar digambarkn melalui kata2.ceh wah..ahhahah..tibe2 datang bergolek2..

lalu hati yg riang..kaki melangkah2 pulang ke rumah putih (white house).pengumuman dibuat.

guess what people!!!!>>>>>

my beloved mother berkata : "nocha.....nie kan bulan ramadhan.rebut r peluang yg ade. duit tu x lari pn.bile2 boleh cari."


dan ak terkesima..


hmm mmg benar.duit blh cari bile2 je..tp bekalan tuk akhirat??bile kite nk kumpul. ajal kite x tahu... dan wat sekian kalinyer..ak alpa seketika bile sibuk ngan duniawi..dan syukur ak masih ag pnyer menteri penasihat II yg seirng, selalu dan akan menasihatku..yg alpa nie..




Monday, July 23, 2012

kemungkinan

mungkin akan dibiarkan..
mungkin akn hilang tanpa dikesan..
dan mungkin akn lesap wat selama-lamanye...

kemungkinan...
ya..antara 3 kemungkinan..
dan mungkin akn fokus pada satu..
jangan ditanya jika salah satu dari 3 kemungkinan tu terjadi..

kerna ia pernah bermain dibenak fikiranku selama ini..
dan x mustahil ia terjadi..
dan yang pasti ade hikmah disebaliknya...

dan mungkin tu yg lebih baek...
ibarat seperti kita ada kehidupan yg baru..dan seakan cuba menutup yg lama...
tp x mustahil kadang2 yg lama akan terbuka semula...
kerna kehidupan harus ditoleh ke belakang
agar perkara terdahulu dijadikan iktibar....

yg pasti kemungkinan tu akn terjadi...

maapkan ak....

p/s:buat insan yg btui2 faham akn maksudnya...

Saturday, July 21, 2012

jambatan baru.....

allhamdullah..1 ramadhan...=)
hampir dua minggu menanam anggur dirumah..
kemunculan ramadhn..kesihatan mula beransur pulih..
selepas seminggu diuji ngan demam panas cuma deria rasa belum kembali pulih..
kini ak sedar betapa cukup terasa pabile nikmat merasa tu ditarik walaupn sekejap...

baru kini ak mula menyibukkn diri memikirkn hari mendatang...baru mula mencari dan meneliti
setelah ak rasakn cukup berehat...
mula berfikir antara pilihan yg ade...pe yg baek pe yg buruk...
moga pilihan nie membuka lembaran baru dalam kehidupanku...






ya.jambatan baru bermula...
kehidupan selepas tamat bergelar pelajar..
baru mula melangkah setapak dua pada titian nie..
masih jauh tuk menemui penamatnya...
ya.perjalanan masih panjang....
mengenal erti kehidupan sebenar dunia luar...




selamat menjalani ibadah pose..maap dari dalam lubuk hatiku segala silap dan khilaf yg pernah ak lakukan samada sedar atau pn tidak....

p/s: jgn terlalu berharap..jgn terlalu bergantung pada manusia kerna kelak pasti kekecewaan tu berlaku.. bergantung r hanya pada-NYA...