Monday, November 12, 2012

whatever can happen will happen...




something berlaku last week..but bila pulang ak jumpa ayat ini dalam love letter..

“sesungguhnya pada kesukaran itu ada kelapangan.”(94:6) 




p/s: satu perkara yang ak pasti sekarang ini adalah perlu merajin2kan diri ke dapur rumah berteduh.ahha..belajar memahirkan skill.demi untuk kesejahteraan perut. Teringat dan rindu menerjah ke dalam otak memoriku.kerinduaan memasak ketika belajar dulu. Bubur lambuk, mee kari, spaghetti, steamboat, karipap, donut dan sewaktu dengannya.hmm. * telan air liur je..

Monday, November 5, 2012

kematangan~



Bermulalah sebuah kisah perjalanan titian bagi fasa baru.bertemu dengan pelbagai peringkat umur.hampir kesemuanya umur melepasi tahap keumuranku. Terasa seperti junior dikalangan mereka.hhaaha. Alhamdullilah urusan pertukaran tempat berteduh berjalan lancar. Walaupun di awal berlaku sedikit perasaan rasa bersalah. Tapi demi kehidupan dalam setahun lebih ini perlu digagahkan jua dan dikuatkan tekad dan azam serta sempena awal muharram tidak lama lagi.

MATANG!! Kata orang bila kita mula melihat dunia luar dan bergaul dengan pelbagai peringkat usia yang berbeza ataupun persekitaran yang dimana kebanyakannya lebih tua dari kita mungkin disitu kita boleh belajar cara matang. Maksud yang tersirat adalah cara permikiran boleh mengubah menjadi matang. Mungkin! Sapa tahu.. paling kurang pun pakaian, tingkah laku ataupun perilaku/ cara kita.

Teringat kata seorang teman yang baru dijumpai setelah berabad-abad dipisahkan. Katanya jika melihat seseorang tu masih kebudak-budakkan, lihatlah pada persekitaran hidupnya. Cara orang sekelilingnya melayannya. Paling mudah lihat pada peringkat umur yang bergaul denganya. Jika dia seorang pelajar tentulah pergaulanya dikelilingi mereka yang kebanyakan sebaya mereka. Pemikiran, ciri-ciri, pakaian dan sewaktu dengannya lebih kurang sama levelnya. Tapi jika seorang yang telah berkerjaya ataupun persekitarannya dipenuhi dengan pelbagai jenis peringkat usia serta bergaul-gaulan dengan mereka yang lebih tua dan matang dari kita tentu saja akan wujud perbezaan cara pemikiran mahupun tingkah laku seseorang itu. Samada sedikit ataupun banyak perbezaannya itu bergantung kepada diri sendiri.

So conclusion yang dapat disimpulkan adalah jika tidak mempercayainya bolehlah menjalankan sebuah eksperimen dengan mempunyai pembolehubah dimalarkan iaitu seorang manusia yang tetap, dimanipulasikan iaitu pelbagai manusia yang berbeza keumuran dan bergerakbalas iaitu masa atau tempoh eksperimen tersebut dijalankan..tips untuk eskperimen ini selalunya mengambil tempoh yang lama bukan dihitung melalui jam tapi melalui bulan ataupun tahun. Hasil kajian ataupun result akan diperolehi setelah eksperimen berjaya dijalankan dengan betul.


p/s: ak? Diri ini? Matang ke?

Wednesday, October 31, 2012

The journey just started




"jangan pinta hidup yang mudah,
tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya"
(Someone,2012)



akan kembali semula ke sebuah tempat yang masih terpelihara kehijauannya. masih lagi belum tercemar sepenuhnya. cuma perjalanan menuju ke tempat tersebut begitu menguji seorang pemabuk darat yang tegar. tersenyum. yup. setiap kali perjalanan pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya. dan ia akan begitu untuk tempoh ini. berdikari. mula belajar hidup berdikari sepenuhnya. tempat berteduh yang baru dan orang baru.



p/s: cuma perlukan sedikit kekuatan untuk berbicara agar meraka faham akan situasi yang sebenar. moga hari itu dipermudahkan. amin.. 

Sunday, October 21, 2012

tOdAy~


hari ini dalam sejarah.melihat seorang ibu yang bersungguh2 ingin membuat something sempena raya haji ini.lalu si anak pun secara paksa dan rela perlu turut serta. mmg wajib.hukumnya.haha. dan hasilnya adalah dibawah...dan secara hikmahnya suku dari hasil ini sudah dicop untuk dihantar ke satu tempat di dalam negeri kelantan.ahhaha. 

cuti semakin berkurangan,
pipi semakin berkembang,
pembacaan semakin perlahan,
pemakanan semakin meningkat,
ape-apepn raya semakin dekat...
selamat hari raya haji...






orang kata setiap kali raya haji pasti dikaitkan dengan erti pengorbanan..



p/s: mood menanti mee jawa di pagi raya aji..=)


Thursday, October 18, 2012

something......


Ukhuwah itu ibarat satu janji dalam hati.
tidak dapat ditulus,
tidak dapat dibaca.
tidak seorangpun tahu.
juga. tidak berubah dek masa.

Sekejap di mata, selamanya di jiwa....
2008~2012

p/s: 4 tahun, segala memori dan ukhwah yang tercipta di bumi UTM...

secara perlahan-lahan....

perlu terus kuat...bukan kuat makan.bukan jua kuat tido ataupn kuat berlari.
tapi perlu kuat menjaga hati. 
perlu kuat menundukkan nafsu. 
bukan nafsu yg mengawal akal tapi akal yg sepatutnya mengawal nafsu. 
perjalanan tempoh 6 tahun. bukan sesuatu yang mudah. 
tapi sampai bile.. ye persoalannya sampai bile??

ingin berubah tapi langsung tiada tindakan.. 
bukan tiada tindakan..bukan ingin menmbuat alasan 
tapi tidak mahu perkara tu berulang lagi. tidak mahu menyakiti lagi...

biarlah secara perlahan-lahan...dan berhemah spt org yg punya akal dan ilmu =)


p/s: masih bertatih2 ag di permulaan titian baru nie.... 





Tuesday, October 16, 2012

rahsia...

akhirnya..ia pergi.terbang bersama angin yang kuat meniup..
sekaligus membawa semuanya pergi..
terima kasih..
hanya kepada dia..
yang dia sendiri tidak pernah sedar akan hal nie..
mahupun sesiapa disekelilingnya..
biarlah rahsia....