Wednesday, April 1, 2015

Bismillahirrahmannirrahim

agak lama mendiamkan diri. tarikh terakhir 1 April 2014. almost a year. and today 1st April again but different year. 2015. masa berlalu. masa dan manusia. banyak perkara yang berlaku. masam dan manis dalam kehidupan. jauh, duduk dan bangun. kadang-kala tergelincir. itu rencah kehidupan.

 






Tuesday, April 1, 2014

bismillahirrahmannirrahim

1 april 2014.......ia menjadi sejarah...

Wednesday, March 26, 2014

bismillahirrahmannirrahim..

waktu ini ramai yang sedang dibuai mimpi.aku terjaga bukan kerana tidurku diganggu mimpi tetapi perkara yang aku duga terjadi jua. aku tidak tahu dimana perlu dimulakan. tapi hati ini berat sangat. aku menjadi penyebabnya. ya wanita itu fitnah bagi lelaki. aku menyebabkan dia lalai. aku juga penyebab dia jadi begitu.

aku yakin, yakin dan yakin Allah tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu hambanya lakukan

seminggu dan masanya mula berjalan.berdetik....

Sunday, December 22, 2013

Time Flies So Fast

bismillahirrahmannirrahim..

its almost come to the end of december 2013..and now here i again. still nocha. and again satu tahun yang mengajar, mencipta dan tercipta sejarah. ada yang dirancang ada jua yang tak terduga. but it's okay. life must go on. air mata yang gugur, ketakutan yang kadangkala menghantui, kejadiaan yang mengejutkan, kegembiraan yang tak terjangka, penantian yang begitu mengajar erti kesabaran, manisnya ukhuwah yang berterusan, dan rindu yang bertamu..

6 dec - untuk mereka yang ak sayang.
7 dec - pengakuan. dan ak kaku
19 dec - alhamdullah..mungkin disini. dekat.
30 nov -kemalangan yang tak diduga. dan pertolongan dari seorang sahabat. highway pagoh dalam sejarah.
29 nov - doaku untuk mu sahabat bahagia dunia akhirat. move on ke fasa baru dalam kehidupannya.
5 nov - 1 muharram. allhamdullah.panggilan yang tak terjangka. ya. rezeki Allah itu luas.
11 sep - kecuaian ak atau pemandu tersebut.
4 sep - pemulaan mencipta pengalaman
27 july -18 ramdhan.menatap dan selamat tinggal. keputusan telah dibuat.
30 jun - dubai. percutian yang tak dijangka
15 jun - rindu bertamu. alhamdullah.
May - mimpi yang tidak diduga.
1 april - rumah dan housemate
mac - keaiban
feb - sem II


antara tarikh yang tercipta dalam perjalanan kehidupanku..

Sunday, September 29, 2013

Perjalanan Yang Terindah II

bulan zulkaedah hampir ke penghujungnya dalam seminggu sahaja. kemudian zulhijjah menjelma. musim haji. ku kira detik sekarang ramai jemaah mula memenuhi tanah suci. sejak kebelakangan ini sering menanti siaran langsung dari masjidil haram dari kaca tb siaran al-hijrah.
merintih kerinduan.

perjalanan bermula..
seramai 23 ahli keluarga..
15 june 2013



selamat tinggal..#KLIA



mentari pagi..#madinah city



yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. 
Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. 
Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid 
apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.



............
duduk di perkarangan masjid pada waktu petang 
sambil melihat ragam manusia..
ada yang bersantai bersama keluarga
sambil menikmati juadah
kanak-kanak bermain..
membaca al-quran
........
indah



menara jam dihadpan pintu utama masjid nabawi.



keadaan selepas selesai solat isyak..
di ruang perkarangan wanita.
satu yang menarik dilihat..
si suami/bapa menanti di pintu masuk ruang wanita
sambil mencari-cari isteri/ahli keluarga mereka.
ada satu ketika
ak sedar si suami tidak dapat mengecam isterinya
kerana terdapat ramai wanita berpurdah disitu..
hanya si isteri yang dapat mengecam suaminya.
dan si suami akan setia menanti di pintu ruang wanita
ye..sabar menanti..

#manisnya...



ziarah bukit Uhud
dimana pasukan pemanah ditempatkan di Bukit Uhud.

#masih ingat sirah mengenai perang Uhud

peta petempuran menunjukkan 
kedudukan dan pergerakan tentera muslim dan musyrikin..




disini lah mukmin yang syahid dikebumikan.
antaranya





sebahagian perjalanan di bumi Al-Madinah Al-Munawwarah (kota yang bercahaya)



Monday, September 23, 2013



M : "bagaimana ya suasana kehidupan belajar di universiti.?? tidak pernah rasa. dulu habis sahaja spm terus keja kena cari duit."

Ak : tergamam.....

last week.soalan itu dituju kepada ku dari seseorang rakan membuatkan ak teringat kembali. yang kite ini kadang-kala alpa dan lalai. selalu mengatakan ini tidak kena.mengena jadi sebegini. mengapa, mengapa dan mengapa. sehingga kita lupa. perjalanan setiap insan berbeza-beza. kita patut bersyukur dengan apa yang kita miliki.




notanasihatuntukdiriiniyangseringkalilupa...

mencari nafkah sambil menuntut ilmu.


bulan september 2013.permulaan baru dalam meneruskan kehidupan fasa hidup baru. mencari nafkah sambil menuntut ilmu. bunyi seperti gempak. tapi hakikatnya. hanya yang pernah alami saja yang tahu bagaimana. permulaan masih baru lagi untuk digambarkan. cuma sekarang ini perlu berlatih mensebatikan diri ngan masa yang ada. honestly, duduk rumah.duduk dekat dengan keluarga adalah moment yang berharga. tolak tepi moment pergaduhan kecil-kecilan diantara adik bongsu. home.ia pasti membuatkan anda tersenyum sma seperti diriku sekarang.