Wednesday, December 12, 2012

memori mula tercipta..

 almost 4 months disini..masih terkial-kial. tapi allhamdullh ak mula akur akan semuanya. teringat kata seorang teman, laluinya dulu. rasanya. kalo datang cabaran mula-mula tu perkara normal. ini baru fasa permulaan. yup masa yang mengajar. ak akuinya.tempoh masa. cabaran atau halangan pasti ada. terpulang pada kita mengendalikannya. tapi jujurnya kadang-kdang ak tewas jua. dalam detik 3++ bulan disini, pelbagai perkara ak belajar..dan akan belajar banyak perkara lagi.. kerna itulah proses pembelajaran dalam kehidupan dan tidak akan terhenti. tempat yang tidak pernah terlintas langsung dalam akal fikiran warasku..dan akhirnya ak disini. perjalanan hidupku tercipta disini. ak mula mencipta memori selama ak berada disini...

sapa sangka awal tahun 2012 ak di selatan..johor dan akhir tahun 2012..ak berada disini..
kita manusia hanya mampu merancang..





nocha, 12.12.12

Tuesday, November 27, 2012

jatuh cinta

jujur..ak telah jatuh cinta
sukar digambarkan..
disatu sudut kecil dapat merasa kemanisannya..
bile bersama banyak perkara dikongsi..
baru selesai bersua muka..
pertemuan pertama sudah memikat hati..
berharap ada pertemuan seterusnya...
walaupun usia sedikit berbeza
tetapi ia bukan satu halangan..

kerna pertemuan ini telah disusun olehNYA..
bulatan...yang tiada penjurunya...



p/s: masa berhoneymoon telah abis...kini masa tuk bersiapkn tuk berperang~

Saturday, November 17, 2012

mungkin sudah sampai masanya....


perkara yang kita tak jangka..
as i said before whatever can happen will happen.
dengan izinNya.
dan ia terjadi jua..terkedu seketika..
tido sekejap dan berharap pabila bangun nanti..
ini semua adalah mimpi semata2..
dan akhirnya harus diakur jua..
menangis tidak mampu menyelesaikan segalanya..
pujuk hati..
pasti ada cara untuk mengubati sakitnya..
membawa kepada yang lebih memahami situasinya..
mungkin dengan cara ini dapat mengetahui punca sebenar..




p/s: berharap agar kembali sihat seperti sediakala..tapi mungkin sudah sampai masanya....

Monday, November 12, 2012

whatever can happen will happen...




something berlaku last week..but bila pulang ak jumpa ayat ini dalam love letter..

“sesungguhnya pada kesukaran itu ada kelapangan.”(94:6) 




p/s: satu perkara yang ak pasti sekarang ini adalah perlu merajin2kan diri ke dapur rumah berteduh.ahha..belajar memahirkan skill.demi untuk kesejahteraan perut. Teringat dan rindu menerjah ke dalam otak memoriku.kerinduaan memasak ketika belajar dulu. Bubur lambuk, mee kari, spaghetti, steamboat, karipap, donut dan sewaktu dengannya.hmm. * telan air liur je..

Monday, November 5, 2012

kematangan~



Bermulalah sebuah kisah perjalanan titian bagi fasa baru.bertemu dengan pelbagai peringkat umur.hampir kesemuanya umur melepasi tahap keumuranku. Terasa seperti junior dikalangan mereka.hhaaha. Alhamdullilah urusan pertukaran tempat berteduh berjalan lancar. Walaupun di awal berlaku sedikit perasaan rasa bersalah. Tapi demi kehidupan dalam setahun lebih ini perlu digagahkan jua dan dikuatkan tekad dan azam serta sempena awal muharram tidak lama lagi.

MATANG!! Kata orang bila kita mula melihat dunia luar dan bergaul dengan pelbagai peringkat usia yang berbeza ataupun persekitaran yang dimana kebanyakannya lebih tua dari kita mungkin disitu kita boleh belajar cara matang. Maksud yang tersirat adalah cara permikiran boleh mengubah menjadi matang. Mungkin! Sapa tahu.. paling kurang pun pakaian, tingkah laku ataupun perilaku/ cara kita.

Teringat kata seorang teman yang baru dijumpai setelah berabad-abad dipisahkan. Katanya jika melihat seseorang tu masih kebudak-budakkan, lihatlah pada persekitaran hidupnya. Cara orang sekelilingnya melayannya. Paling mudah lihat pada peringkat umur yang bergaul denganya. Jika dia seorang pelajar tentulah pergaulanya dikelilingi mereka yang kebanyakan sebaya mereka. Pemikiran, ciri-ciri, pakaian dan sewaktu dengannya lebih kurang sama levelnya. Tapi jika seorang yang telah berkerjaya ataupun persekitarannya dipenuhi dengan pelbagai jenis peringkat usia serta bergaul-gaulan dengan mereka yang lebih tua dan matang dari kita tentu saja akan wujud perbezaan cara pemikiran mahupun tingkah laku seseorang itu. Samada sedikit ataupun banyak perbezaannya itu bergantung kepada diri sendiri.

So conclusion yang dapat disimpulkan adalah jika tidak mempercayainya bolehlah menjalankan sebuah eksperimen dengan mempunyai pembolehubah dimalarkan iaitu seorang manusia yang tetap, dimanipulasikan iaitu pelbagai manusia yang berbeza keumuran dan bergerakbalas iaitu masa atau tempoh eksperimen tersebut dijalankan..tips untuk eskperimen ini selalunya mengambil tempoh yang lama bukan dihitung melalui jam tapi melalui bulan ataupun tahun. Hasil kajian ataupun result akan diperolehi setelah eksperimen berjaya dijalankan dengan betul.


p/s: ak? Diri ini? Matang ke?

Wednesday, October 31, 2012

The journey just started




"jangan pinta hidup yang mudah,
tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya"
(Someone,2012)



akan kembali semula ke sebuah tempat yang masih terpelihara kehijauannya. masih lagi belum tercemar sepenuhnya. cuma perjalanan menuju ke tempat tersebut begitu menguji seorang pemabuk darat yang tegar. tersenyum. yup. setiap kali perjalanan pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya. dan ia akan begitu untuk tempoh ini. berdikari. mula belajar hidup berdikari sepenuhnya. tempat berteduh yang baru dan orang baru.



p/s: cuma perlukan sedikit kekuatan untuk berbicara agar meraka faham akan situasi yang sebenar. moga hari itu dipermudahkan. amin.. 

Sunday, October 21, 2012

tOdAy~


hari ini dalam sejarah.melihat seorang ibu yang bersungguh2 ingin membuat something sempena raya haji ini.lalu si anak pun secara paksa dan rela perlu turut serta. mmg wajib.hukumnya.haha. dan hasilnya adalah dibawah...dan secara hikmahnya suku dari hasil ini sudah dicop untuk dihantar ke satu tempat di dalam negeri kelantan.ahhaha. 

cuti semakin berkurangan,
pipi semakin berkembang,
pembacaan semakin perlahan,
pemakanan semakin meningkat,
ape-apepn raya semakin dekat...
selamat hari raya haji...






orang kata setiap kali raya haji pasti dikaitkan dengan erti pengorbanan..



p/s: mood menanti mee jawa di pagi raya aji..=)