Ternyata sekali ia sesuatu yang bermanfaat. Siapa sangka
menjadi tetamuNYA. Sekelip mata perubahan tu terjadi. Itu semua dengan izinNYA.
perancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan. Dan jangan pernah sekali
ragu-ragu akan perancanganNYA. Yakin itu penting. Dan jangan pernah ada
sekelumit terdetik dihati akn keraguaan kita terhadap perancanganNYA. Tulah kata-kata
dari seorang sahabat. Usia ukhkwah ini terbina tujuh bulan lebih. Tapi bukan
usia yang penting tapi cara dan bagaimana sesebuah ukhwah tu dapat dikekalkan. Ya,
ak akui ini mgkn salah satu hikmah yang ak dapat selama berada disini. Bertemu dengan
pelbagai jenis dan ragam manusia. Sehingga kadang-kadang terasa diuji dari
segala aspek. Sehingga kisah silam juga diungkit kembali. Sehingga segala
perkara dan aspek juga dipertikaikan. Tapi tu lah manusia. Ragam manusia. Tapi segala-galanya
kembali padaNYA. Kerna ini jalan ak. Perjalanan ak. Onak dan durinya lain dari
orang lain. Mungkin ada yg lagi-lagi mencabar dari ak. Mungkin ada yang
lagi-lagi mudah perjalanannya dari ak. Tu yang ak mampu fikirkan skang. Cuba menjadi
sepositif yang mungkin. Mujur masih
dapat lagi meneruskan perjalanan ini. Cuma langkah agak perlahan buat masa
skang. Perlukan masa sedikit. Kerna terjatuh ketika dalam perjalanan ini. Sakit.
Dan pedih. Memerlukan sedikit masa untuk berhenti seketika.berehat.
Kadang.kadang perlu kita simpan sahaja.tidak perlu diuraikan . ya tapi tu kadang-kadang. Kerna kita seorang manusia yang punya segala macam rasa dan perlu untuk dikongsi apa yang dirasa. Cuma kadang-kadang kita tidak tahu pe yang patut dan tidak sepatutnya dikongsi.
p/s: kepada dia mgkn seorng atau sebaliknya yang ak tidak
pernah tahu siapa sebenarnya dia. Pesanan ak inilah kehidupan. Ibarat roda. Dan
pe yang berlaku ini membuat ak benar-benar tersungkur jatuh. Mujur ada yang
menghulurkan tangan membantu ku..
No comments:
Post a Comment