Thursday, June 21, 2018

kembali semula kepada kehidupan yang penuh tanggungjawab yang perlu digalas. 
kembali semula pada kehidupan seorang yang mempunyai amanah kerja. 
aku kembali semula setelah pulang menemui dirimu. 
Raya 2018. 
Raya kedua sebagai status seorang isteri tanpa suami disisi atau lebih dikenali sebagai balu.
kembali ke alam nyata. kembali sedar yang dirimu telah meninggalkan ku hampir setahun lebih.

sungguh aku rindu insan yang bertahun-tahun setia dan sabar denganku.
sungguh aku rindu insan bergelar sahabat baikku.

rindu yang tidak akan pudar.
rindu yang aku simpan.
dan rindu yang tidak terucap.

sungguh aku menahan rindu ini.

biarlah manusia berbicara apa sahaja mereka ingin bicarakan..yang aku tahu setiap pagi matahari akan terbit dan kehidupan perlu dilalui...


Monday, April 3, 2017



bulan telah berganti..begitu jua dengan minggu dan hari, masa terus berlalu..hati rindu malah makin dan terus merindui..rindu detik bersama mu. rindu sahabat baik dan rindu suami. kadang kala ak hanyut dalam kerinduan..pasti berakhir dengan air mata. lena dan bertemankan air mata menggantikan teman mu disisi ku.

setiap hari cuba bangkit.bangkit dan terus berusaha. namun adakalanya ak jatuh, ya allah sungguh tika masa ak rasa lemah sangat. Hanya doa dan kekuatan dariMu untukku terus bangkit meneruskan kehidupan. sungguh ujian ini mengujiku. Tapi apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan ujian para nabi dan rasulullah. ujian sedara semuslimku di Gaza, Syria, Yemen, Iraq, dan sebagainya. apalah sangat jika dibandingkan denganku ini.

bila kita berusaha dan terus berusaha untuk bangkit..i.allah sampai masanya nanti Allah akan hadirkan perasaan redha itu tanpa dipaksa..

aku akan cuba, mohon doakan diri ini

Friday, March 24, 2017



hari ini hampir genap sebulan dari tarikh pernikahan kita. 25.2.2017
dua minggu sudah dirimu pergi bertemu pencipta yang esa. tidak siapa mampu menghalangny.. kerna semua ini telah tertulis di luh mahfuz sebelum kita wujud didunia ini.

pergi mu menemui pencipta tidak pernah lambat atau cepat.
pergi mu setelah dua minggu kita disatukan. halal sebagai suami isteri
pergi mu ketika ak sedang menyiapkan makanan malam mu
pergi mu disisi dalam dakapan ku

inai di jari ini masih ada...semakin hari ia semakin hilang..dan ak berharap agar kenangan kita tidak pernah dan tidak akan hilang..

sungguh siapa sangka
siapa tahu
kematian seseorg tu..

kerna itu persediaan...
kerna itu kita sering dipesan akan mati
kerna ia tidak mengenal muda atau tua



rindu yang sukar untuk diungkapkan...

ak rindu..terlalu dan amat merindui...

sungguh..kerinduan pada mereka yang telah pergi..

Wednesday, November 2, 2016

malam ini terasa nak menaip.lama tinggalkan blog ini. alhamdullilah aku masih lagi bernafas masih diberikan nikmat kesihatan dan iman. aku masih punya tempat tinggal. ini satu rahmat dan nikmat jua. kehidupan. tipulah kalau dikatakan sempurna sahaja. pasang surut ujian dan dugaan sudah semestinya ada. kerna kita tidak selamanya diatas sahaja. seperti roda. ada kala dibawah ada kala diatas.

 menangis.hahahah...itu perkara wajib setiap bulan. ia juga satu rawatan. haahha.. tapi bila kau menangis dikala satu pertiga malam dalam sujud..kau akan jumpa ketenangan.percayalah..walau tidak lama..tapi ia sangat tenang..lagipun tidak semua benda dan perkara boleh dikongsi.boleh diceritakan. kerna tidak ada sesiapa akan faham sehinggalah dia pernah melaluinya. hanya DIA yang diatas mengetahui apa yang kita laluiny.

 kawan hmm ataupun sahabat..masing-masing ada kehidupanny tersendiri. lagipun banyak perkara ak rasa telah lalui banyak drama yang telah lalui dengan orang yang bernama kawan. dan akan dan pasti ada lagi perkara akan lalui...siapa tahu...


tiada apa-apa..sekadar ingin menulis tanpa tahu apa isinya..maka terjadilah seperti yang diatas...

Sunday, August 28, 2016



hanya yang mengalami dan melaluiny tahu bagaimana rasanya.
kita tidak akan memahami dan benar-benar fahami sehingga kita laluinya sendiri.
ini lumrah.ini ujian. yakin dan pasti hikmahnya
menanti..

"lalu nikmat mana satu yang kamu dustakan"

Friday, July 22, 2016

penggembaraan ataupun perjalanan. sesuatu yang kita tidak tahu apa yang tersembunyi didalam perjalanan itu, kita hanya merancang. meneruskan langkah yang telah kita rancang. tetapi ada rancangan lain yang allah telah sediakan. yang telah DIA aturkan buat kita. 
membuat jejak kasih pada sahabat lama. membuatkan ak tersenyum. kerna ak salah seorang yang berada didalam perjalanan beliau. kini beliau meneruskan kehidupan di sebuah negara yang beliau sendiri tidak pernah terfikir. belajar semula. berkerja untuk meneruskkan kehidupan di negara orang. dan insyaAllah akan membina masjid tidak lama lagi. doaku moga urusan ny dipermudahkan. 
berfikir. dan berfikir. ya percaya,dan yakin kita tidak tahu apa yang akan simpan dalam perjalanan hidup kita. setiap orang perjalananny lain. tidak ada yang serupa. teruskan berdoa terusakn yakin dan teruskan solat sehingga situasimu berubah. kita tidak tahu bila. baik ak.kau dan sesiapa tidak tahu, 

Saturday, July 16, 2016

Bismillahirrahmannirrahim

menjengah ke sini. membaca tulisan yang ditinggalkan..kehidupan diteruskan seperti biasa. senyum. syawal masih lagi terasa walaupun tak semeriah dulu. usia meningkat tidak pernah menurun. tarik nafas dan lepas. senyum. aku masih disini. mencari aura positif. kernaku tahu positif boleh membawa kita sentiasa senyum, cergas, gembira, melakukan sesuatu tanpa paksaa, mencari redha Allah dan paling penting aura positif membawa kebaikan dan membantu orang sekeliling positif jua. dan akhir sekali senyum..

syawal semasa kecil dan sekarang berbeza sekali tetapi setiap kali menyambutnya pasti ada keistimewaanny tersendiri.dan ini kali pertama menyambut syawal tanpa nenek tercinta. al-fatihah untuk arwah nenek, atuk tok aji.tok cik dan semua umat islam yang telah pergi..

akhir sekali doa untuk turkey

Tuesday, May 19, 2015

Monday, May 18, 2015

16 may bersamaan 27 rejab



Alhamdullillah. Ia berlalu dan masih disini. menghirup udara yang percuma. antara harta ternilai yang tidak perlukan bayaran. masih disini.kehidupanku. jujur terasa tua. tiada apa yang dapat dibanggakan melalui pencapaian hidup. itu sebahagian dari diriku. manakala sebahagian yang lain. syukur disamping keluarga. tidak meminta atau menginginkan apa-apa. cukup ada yang mengingati dan mengirimkan doa buat diri yang kerdil ini. ya doa. 

teringat kata seorang sahabat ketika zaman persekolahan dulu.
 "jika hari lahirmu tiba..tidak kira dalam masihi ataupn hijrah.seeloknya berpuasa ataupn sedekahkan al-fatihah buat diri. ditambahkan kemanisan dengan solat syukur atau sebagainya tanda syukur pada pencipta kita'

tersenyum. faham apa yang ingin disampaikan

"kalau boleh jangan pada hari lahirmu saja. teruskan pada setiap hari hidupmu"  mengakhiri katanya dengan senyuman yang terukir dibibir.






Thursday, April 23, 2015


focus.. 
just stay focus..
gerimis datang..
gunakan payung
fokus
hujan datang..
gunakan baju hujan dan payung.
fokus
ribut datang..
duduk diam-diam dalam rumah
dan fokus  
=)

Saturday, April 18, 2015


hope..
one day
return 



dilema
kerna desakan kuturutkan
hati meronta-ronta
perlahan-lahan bagai dihiris
memakan diri
itu yang dirasakan
berbagai persoalan timbul
bagai tiada jawapan
mungkin ini perjalanan yang harus ditempuh
antara keperluan dan minat
akhirnya dalam kerterpaksaan 
ak akur.diam seribu bahasa.



Tuesday, April 14, 2015



helai demi helai diselak setelah membaca terjemahannya sehinggalah mata tertumpu pada ayat ini

"teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia" (20:31)

terdiam. teringat. rindu.


Sunday, April 12, 2015

aku kembali menulis. cuma sejauh mana? seaktif mana? sekerap mana? itu persoalan yang aku tiada jawapan. tika saat ini kebanyakan blogger kenalan berlalu sepi. tika saat ini jua kebanyakan lebih tertumpu kepada instgrm. twitter. facebook. atau seangkatan tentera dengannya. aku lebih suka memilih menaip disini. sekerap mana aku menaip dan menjenguk bergantung pada masa dan keadaan jua tempat. dan yang aku pasti apa yang aku kongsikan 93% yakin tiada info atau iktibar yang boleh digunapakai dalam kehidupan orang lain. kerna ia semua. segalanya berkisar tentang aku.


jatuh hati.
ya diri ini jatuh hati.
memberontak ingin memilikinya.
sampai terbawa-bawa didalam mimpi.
ini satu kenyataan. 
dalam hati tersenyum. 
menunjukkan aku begitu jatuh cinta.
pada tika dan saat ini.
jatuh cinta pada ciptaan Ilahi ini.
rose..but more prefer a blue rose..





p/s: after a week. finally berjaya keluar dari bijinya. 

Wednesday, April 8, 2015

Tuesday, April 7, 2015

Bismillahirrahmannirrahim



Thursday, April 2, 2015

Bismillahhirrahmannirrahim

almost 4 years.diri ini pencen dari aktivit yang lasak. dan dalam 4 tahun ini dan akan berlaku pada setiap bulan. actually lebih kepada setiap minggu adalah seperti gambar dibawah..




tapi diri ini seorang pencinta makanan yang setia lagi tegar..



Wednesday, April 1, 2015

Bismillahirrahmannirrahim

agak lama mendiamkan diri. tarikh terakhir 1 April 2014. almost a year. and today 1st April again but different year. 2015. masa berlalu. masa dan manusia. banyak perkara yang berlaku. masam dan manis dalam kehidupan. jauh, duduk dan bangun. kadang-kala tergelincir. itu rencah kehidupan.