Friday, March 29, 2013

ahli baru lagi...




salam jumaat. alhamdullillah.penutup bulan mac ini.selamat lahir seorang hamba allah melihat dunia...terasa tua pula. bila dipanggil auntie. but it's k. Uwais Hafiy. nama yg diberi. cucu pertama dlm family nie. tapi cicit ketiga buat hajah hasnah. makin lama makin berkembang sesebuah institusi kekeluargaan. begitulah kehidupan. yang kecil semakin membesar. yang dewasa semakin tua...

menghitung hari..moga segalanya selamat dan dipermudahkan semua urusan..
May 2013~

p/s: tempat baru. persekitaran jua baru. moga apa yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya. kerna ak percaya pasti ada kemanisan dariNYA buat diriku..

Tuesday, March 26, 2013

berhenti seketika



Ternyata sekali ia sesuatu yang bermanfaat. Siapa sangka menjadi tetamuNYA. Sekelip mata perubahan tu terjadi. Itu semua dengan izinNYA. perancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan. Dan jangan pernah sekali ragu-ragu akan perancanganNYA. Yakin itu penting. Dan jangan pernah ada sekelumit terdetik dihati akn keraguaan kita terhadap perancanganNYA. Tulah kata-kata dari seorang sahabat. Usia ukhkwah ini terbina tujuh bulan lebih. Tapi bukan usia yang penting tapi cara dan bagaimana sesebuah ukhwah tu dapat dikekalkan. Ya, ak akui ini mgkn salah satu hikmah yang ak dapat selama berada disini. Bertemu dengan pelbagai jenis dan ragam manusia. Sehingga kadang-kadang terasa diuji dari segala aspek. Sehingga kisah silam juga diungkit kembali. Sehingga segala perkara dan aspek juga dipertikaikan. Tapi tu lah manusia. Ragam manusia. Tapi segala-galanya kembali padaNYA. Kerna ini jalan ak. Perjalanan ak. Onak dan durinya lain dari orang lain. Mungkin ada yg lagi-lagi mencabar dari ak. Mungkin ada yang lagi-lagi mudah perjalanannya dari ak. Tu yang ak mampu fikirkan skang. Cuba menjadi sepositif yang mungkin.  Mujur masih dapat lagi meneruskan perjalanan ini. Cuma langkah agak perlahan buat masa skang. Perlukan masa sedikit. Kerna terjatuh ketika dalam perjalanan ini. Sakit. Dan pedih. Memerlukan sedikit masa untuk berhenti seketika.berehat.







Kadang.kadang perlu kita simpan sahaja.tidak perlu diuraikan . ya tapi tu kadang-kadang. Kerna kita seorang manusia yang punya segala macam rasa dan perlu untuk dikongsi apa yang dirasa. Cuma kadang-kadang kita tidak tahu pe yang patut dan tidak sepatutnya dikongsi. 

p/s: kepada dia mgkn seorng atau sebaliknya yang ak tidak pernah tahu siapa sebenarnya dia. Pesanan ak inilah kehidupan. Ibarat roda. Dan pe yang berlaku ini membuat ak benar-benar tersungkur jatuh. Mujur ada yang menghulurkan tangan membantu ku..


Friday, March 1, 2013

perancangan....

kembali menjalani kehidupan disini. masih dan perlu diteruskan.kerna ini jalan yang ak pilih. meneruskan kehidupan seorang student. cuma kali ini berbeza dari yang sebelumnya. tiada lagi study week. kelas dan exam. tidak lagi perlu melalui semua ini. yang perlu ada kerajinan menulis, minat membaca segala benda kerja pengkaji lain.dan kesabaran dalam membuat kaji-mengkaji ini. dan kini masuk sem dua. ak masih disini. cuma kali ini perancangan perlu tapi harus dituruti perancangan agar selari dengan matlamat...dalam meniti perjalanan kaji-mengkaji ini pasti ada yang tersungkur. mungkin perjalanan mereka hanya setakat itu. dan kita harus akur dan menghormati keputusan mereka. 

" walaupun grammar kita tunggang-langgang dan teruk mana pn writting tapi jika kita tahu cara yg betul untuk kaji-mengkaji ini pasti kita boleh lakukannya. bukan semua orang boleh buat kaji-mengkaji ini.." (sahabat, 2013)

bulan februari 2013 sudah pun melabuhkan tirainya semalam. maka dengan ini tiada lagi bulan februari 2013. buku baru untuk bulan march 2013...ia kian hampir..persiapan diri dan ilmu itu penting. kelak bermanfaat bila masanya tiba nanti..

semoga segala urusan dipermudahkan buat mereka yg bergelar student seperti ak dan mereka yg berkerjaya seperti yanyan dan tika..
p/s: otot yang paling kuat dalam tubuh manusia adalah lidah..



Sunday, February 3, 2013

masuk bulan baru...

muhasabah diri.itu yang dipesan oleh seorang sahabat pabila die menjadi pendengar setia. merenung kembali dimana silapnya.adakah silapnya datang dari diri atau orang lain. ku akui bukan setiap manusia itu perfect.sempurna.tiada.pasti ada kelemahannya.samada cara atau sikap kita yang membuat sesuatu terjadi sebegitu. kita sendiri patut menilainya.meneliti. pasti kita akan temui dimana puncanya. yakinlah dengan diri.
kerna DIA ada.sentiasa ada disisi kita. 



p/s:lebih baik berdiam dan menerima segalanya. asalkan ak adalah ak. ak selesa begini.

Wednesday, January 9, 2013

cerita pendek.hari rabu.

rabu. mula berkira..hanya tggl beberapa bulan lagi. dh bersedia ke?? cukup ke segala ilmu didada.? byk benda perlu dan harus difikirkan. mula timbul keraguaan dan rasa takut. kata seseorg sahabat..kalo rasa tidak bersedia maka mula lah persiapan dari sekarang.baiklah ak akui kadang-kala ak konsisten tapi ada kalanya ak alpa. pabila tersedar dari lamunan dan angan-angan, maka mulalah kalut semacam.. hmm..perlu bertindak segera!!!

p/s: allhamdullh masih dapat bertahan.. btw ak windu insan ini..yg kini sudah bergelar "WANITA BERKERJAYA"



Friday, January 4, 2013

cerita awal tahun...

tahun baru??hmm 2013..
and seperti biasa masa berjalan..
seperti jantung jua..berjalan..tidak pernah sedetik pn berhenti..
tapi jika jantung berhenti berjalan..maka selamat jalan..
dan untuk ak pula..seperti biasa meneruskan kehidupn disini. sehari sblm tahun hadapan tercipta memori sedih. mgkn akn disimpati oleh sestgh pihak mgkn tidak.pe2 pn.hujan still turun membasahi permukaan yg rata2 hijau disini.pabila meneruskan rutin hidup di awal pagi pasti persoalan akn timbul dimanakah ak berada skang??pabila melihat kabus kaban..hahha..indah ciptaanNYA. awal minggu pertama tahun pertama disini, selesai menjalani adegan2 balas-membals,cuak-mencuak, dan sewaktu ngannya..allhamdullh lepas jua..dan spt biasa ada jua adegan yg sedey tuk dilihat.tp yg pasti pengalamn baru..mgkn lepas nie boleh pakai baju besi yg ckp kebal dan tebal agar bile ditembak msh ag selamat.oh ya tidak ketinggalan perisai.haha..tapi yg pastinya.segala2 telah terbongkar..ramai yg tidak percaya.tpi apakan daya.hehe..tp jangan risau masih ade ag kelembutan disitu.hehe..

p/s: menghitung detik hari.. senyuman makin hari semakain mekar..cewah..hhehe..berharap semuanya berjalan lancar.i.allah..




Wednesday, December 12, 2012

memori mula tercipta..

 almost 4 months disini..masih terkial-kial. tapi allhamdullh ak mula akur akan semuanya. teringat kata seorang teman, laluinya dulu. rasanya. kalo datang cabaran mula-mula tu perkara normal. ini baru fasa permulaan. yup masa yang mengajar. ak akuinya.tempoh masa. cabaran atau halangan pasti ada. terpulang pada kita mengendalikannya. tapi jujurnya kadang-kdang ak tewas jua. dalam detik 3++ bulan disini, pelbagai perkara ak belajar..dan akan belajar banyak perkara lagi.. kerna itulah proses pembelajaran dalam kehidupan dan tidak akan terhenti. tempat yang tidak pernah terlintas langsung dalam akal fikiran warasku..dan akhirnya ak disini. perjalanan hidupku tercipta disini. ak mula mencipta memori selama ak berada disini...

sapa sangka awal tahun 2012 ak di selatan..johor dan akhir tahun 2012..ak berada disini..
kita manusia hanya mampu merancang..





nocha, 12.12.12