Thursday, August 26, 2010


Akukah yg tak faham?????

1) Aku tak faham kenapa masih ada manusia yg masih memandang rendah pada manusia lain jika dia rasa dia tu berada diatas...nak bercakap pun nak memilih kasta pulak, mereka merasakan macam dia org tu bagus sangatttttttt, walhal tak sebagus mana pun!

2) Aku tak faham manusia dalam dunia ni suka berdengki dgn manusia lain, tak boleh tengok org lain senang mulalah nak buat kacau serta menyusahkan org.

3) Aku paling tak faham kenapa bila kita berkerja di sesebuah syarikat yg besar bertahun2 lamanya, tapi tak pernah nak kata ada untung, bila cukup tahun sahaja alasan tak dapat bonus sebab company tak untung , company rugi, padahal yg buat keputusan semuanya bos-bos besar, yang membazirkan duit juga bos2 besar, yang menaja sesuatu program juga bos2 besar. Org bawahan hanya mkn gaji dan buat kerja apa yg telah di garis panduankan.

4) Aku paling tak faham kenapa antara sesama manusia suka tengok member/saudara jatuh & susah baru rasa seronok tapi rasa sedih bila member berjaya dalam kehidupannya.

5) Aku paling tak faham kenapa bila kita buat kerja dgn baik pun org tak nampak juga malah di tuduh tidak amanah pulak biarpun bukan salah kita. Mulalah terfikir jadi jahat pun ada bagusnya bila jadi baik tak berguna juga.

6) Aku paling tak faham kenapa manusia tidak tahu menilai kebaikan dan kejahatan. Adakah yg jahat itu baik dan yg baik itu jahat?

7) Sampai bila dan bila harus kita menerima nasib begini? adakah kita perlu lagi dgn menasihati diri dgn berbanyak bersabar sahaja? cukupkah dgn hanya bersabar?

8) Adakah manusia yang tercipta ini benar2 manusia ? atau manusia yang bertopengkan jauh lebih teruk dr haiwan ?

9) Walaupun tiada siapa yg dpt menolong selain dr diri sendiri tetapi apakah betul cara yg telah di pilih utk menyelesaikan masalah2 kehidupan ini?

10) Tepuk dada tanya lah diri bukannya selera yg selalunya salah dalam membuat penelitian di alam realiti ini.

p/s: renung wat diri nie yg serba kekurangan...(",)

No comments:

Post a Comment