Friday, July 26, 2013


jujur.
esok hari yang dinanti.
kestabilan emosi terganggu.
entah apa yang masuk mengetuk 
sehingga bercampaur baur
ditambah dengan keraguaan yg datang tanpa diundang
tentang berita yang datang secara tiba-tiba semalam
tentang kertas 
tentang 
segala-galanya

ak mengingatkan diri sekali lagi.
pengharapan dan kebergantungan hanya pada NYA
penentu segalanya..

pasti tiada kekecewaan di penghujungnya...



ramadhan 17
semakinmenghampiri penghujungnya.

Thursday, July 25, 2013

kereta dan titian



saat diuji.ok. tersenyum. walaupun dalam hati hanya DIA yang tahu. Pagi ramadhan ke-16. sebaik selepas sahur ak mencipta sejarah baru. memcuci kereta seawal 6.30 pagi. hasil usaha anak-anak jiran yang "terlampau rajin"  bermain-main dengan pasir. lalu menghadiahkan pasir-pasir tersebut ke atas keretaku. disetiap penjuru dan permukaan badan  si kelabu. memang spechless. hampir menutup badan si kelabu. itu yang membuatku hampir terjatuh rahang pabila berada di tempat kejadian. bila melihat hasil kerja mereka lewat petang semalam. kukira hampir waktu berbuka. hendak ditegur anak orang. cuma agak terkilan sikap bapanya yang hanya melihat dari kejauhan (selang dua buah rumah saja) anak-anak mereka membuat onar. itu yang membuat hati ini terkilan sangat sikap dalam mendidik anak. ye.SIKAP. ak mahu tekankan. kerana mereka masih kecil lagi. boleh dibentuk.

tutup cerita. hikmah yang ak nampak. kereta ak telah mandi.dan ak akan membawa pulang butir-butiran pasir yang masih ada dicelah-celah si kelabu ke bandar diraja..

Insha Alllah. Sabtu ini ak akan pergi. 
perjalanan diatas titian ini 
ku temui sebuah perhentian
membuatku untuk berhenti seketika.
berehat setelah penat meniti
akan kembali meneruskan 
bila sampai masanya...


p/s: perlu gigih untuk menghasilkn sebuah paper untuk dipublish..janjikupadasvku.

Tuesday, July 16, 2013

Perjalanan Yang Terindah..


SUBHANALLAH...

mata menghasilkan mutiara jernih.betul-betul didepan mata sekarang.tidak terkata.sukar dijelaskan. selama hampir 24 tahun 29 hari bernafas di permukaan bumi milik-NYA. yang selama ini hanya melihat dari kejauhan melalui kaca mata television dan gambar.kini ia menjadi realiti. alhamdullilah.
bila diimbas kembali detik permulaan perancangan untuk menjadi tetamuNYA. pelbagai perkara yang berlaku sehingga saat hari terakhir berada di sana. dan diakhiri dengan sesuatu yang indah. ku akui perancangan Allah ternyata sebaik-baik perancangan. melihat kebesaranNYA, menziarah tempat yang selama ini kita hanya belajar sirahnya, melihat pelbagai jenis ragam manusia. dari setiap pelusuk dunia. dikumpulkan di satu tempat. perjalanan yang dicipta dalam 16 hari. dengan seramai 23 ahli keluarga Hasnah Musa bermula dari KLIA-Dubai-Madinah-Bir Ali- Mekah-Jeddah-Dubai-KLIA. Penceritaan bagi setiap perjalanan ini memerlukan leraiannya kerana ia mempunyai cerita dan ziarah tersendiri. mungkin diwaktu dan post yang lain. tidak pada kali ini.

jika dizinkan. ak ingin kembali semula. menjadi tetamuNYA semula. dan mahu betul-betul bersedia. sepenuhnya. Insha allah.

hati sudah mula merindui.

terutama disini..
bertemu dengan kekasih Allah..
dan disinilah satu peristiwa tercipta.








p/s: mula menabung dari sekarang!!

Sunday, July 14, 2013

perlu diteruskkan


*tarik nafas panjang-panjang...
sambil berkata "perlu diteruskan walau apa terjadi".
pilihan telah dibuat. setelah dikira-kira. dilihat dari pelbagai perspektif. seluruh aspek.
orang sekeliling pun sudah. istikarah. allhamdullilah. hati lebih ke arah keputusan yang rasanya tidak menyusahkan orang. itu yang penting. tidak menyusahkan orang. jika dilihat memang ke arah mementingkan diri. setelah lama bertahan kemudian ditinggalkan sementara sebegitu saja. mungkin ada terasa seolah-olah ditinggalkan. maap. ia perlu diteruskan. kerna ini lumrah kehidupan. masih meneruskan apa yang telah dimulakan dulu. cuma kali ini punya perbezaan. bukan sedikit. sasaran menamatkan apa yang talah dimulakan. walau apa gaya dan cara sekalipun. seolah-olah sedang belari menuju ke garisan penamat. itu yang sedang diterapkan dalam misi kali ini. sekali imbas seperti mempunyai misi ala-ala James Bon 007. menitip hari-hari disini. sebelum kembali dicelah-celah kesibukan bandar diraja.

ak akan kembali. bila? tu hanya akan diketahui bila sampai saatnya.