Tuesday, July 16, 2013

Perjalanan Yang Terindah..


SUBHANALLAH...

mata menghasilkan mutiara jernih.betul-betul didepan mata sekarang.tidak terkata.sukar dijelaskan. selama hampir 24 tahun 29 hari bernafas di permukaan bumi milik-NYA. yang selama ini hanya melihat dari kejauhan melalui kaca mata television dan gambar.kini ia menjadi realiti. alhamdullilah.
bila diimbas kembali detik permulaan perancangan untuk menjadi tetamuNYA. pelbagai perkara yang berlaku sehingga saat hari terakhir berada di sana. dan diakhiri dengan sesuatu yang indah. ku akui perancangan Allah ternyata sebaik-baik perancangan. melihat kebesaranNYA, menziarah tempat yang selama ini kita hanya belajar sirahnya, melihat pelbagai jenis ragam manusia. dari setiap pelusuk dunia. dikumpulkan di satu tempat. perjalanan yang dicipta dalam 16 hari. dengan seramai 23 ahli keluarga Hasnah Musa bermula dari KLIA-Dubai-Madinah-Bir Ali- Mekah-Jeddah-Dubai-KLIA. Penceritaan bagi setiap perjalanan ini memerlukan leraiannya kerana ia mempunyai cerita dan ziarah tersendiri. mungkin diwaktu dan post yang lain. tidak pada kali ini.

jika dizinkan. ak ingin kembali semula. menjadi tetamuNYA semula. dan mahu betul-betul bersedia. sepenuhnya. Insha allah.

hati sudah mula merindui.

terutama disini..
bertemu dengan kekasih Allah..
dan disinilah satu peristiwa tercipta.








p/s: mula menabung dari sekarang!!

No comments:

Post a Comment