Monday, November 5, 2012

kematangan~



Bermulalah sebuah kisah perjalanan titian bagi fasa baru.bertemu dengan pelbagai peringkat umur.hampir kesemuanya umur melepasi tahap keumuranku. Terasa seperti junior dikalangan mereka.hhaaha. Alhamdullilah urusan pertukaran tempat berteduh berjalan lancar. Walaupun di awal berlaku sedikit perasaan rasa bersalah. Tapi demi kehidupan dalam setahun lebih ini perlu digagahkan jua dan dikuatkan tekad dan azam serta sempena awal muharram tidak lama lagi.

MATANG!! Kata orang bila kita mula melihat dunia luar dan bergaul dengan pelbagai peringkat usia yang berbeza ataupun persekitaran yang dimana kebanyakannya lebih tua dari kita mungkin disitu kita boleh belajar cara matang. Maksud yang tersirat adalah cara permikiran boleh mengubah menjadi matang. Mungkin! Sapa tahu.. paling kurang pun pakaian, tingkah laku ataupun perilaku/ cara kita.

Teringat kata seorang teman yang baru dijumpai setelah berabad-abad dipisahkan. Katanya jika melihat seseorang tu masih kebudak-budakkan, lihatlah pada persekitaran hidupnya. Cara orang sekelilingnya melayannya. Paling mudah lihat pada peringkat umur yang bergaul denganya. Jika dia seorang pelajar tentulah pergaulanya dikelilingi mereka yang kebanyakan sebaya mereka. Pemikiran, ciri-ciri, pakaian dan sewaktu dengannya lebih kurang sama levelnya. Tapi jika seorang yang telah berkerjaya ataupun persekitarannya dipenuhi dengan pelbagai jenis peringkat usia serta bergaul-gaulan dengan mereka yang lebih tua dan matang dari kita tentu saja akan wujud perbezaan cara pemikiran mahupun tingkah laku seseorang itu. Samada sedikit ataupun banyak perbezaannya itu bergantung kepada diri sendiri.

So conclusion yang dapat disimpulkan adalah jika tidak mempercayainya bolehlah menjalankan sebuah eksperimen dengan mempunyai pembolehubah dimalarkan iaitu seorang manusia yang tetap, dimanipulasikan iaitu pelbagai manusia yang berbeza keumuran dan bergerakbalas iaitu masa atau tempoh eksperimen tersebut dijalankan..tips untuk eskperimen ini selalunya mengambil tempoh yang lama bukan dihitung melalui jam tapi melalui bulan ataupun tahun. Hasil kajian ataupun result akan diperolehi setelah eksperimen berjaya dijalankan dengan betul.


p/s: ak? Diri ini? Matang ke?

No comments:

Post a Comment