Tuesday, March 26, 2013

berhenti seketika



Ternyata sekali ia sesuatu yang bermanfaat. Siapa sangka menjadi tetamuNYA. Sekelip mata perubahan tu terjadi. Itu semua dengan izinNYA. perancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan. Dan jangan pernah sekali ragu-ragu akan perancanganNYA. Yakin itu penting. Dan jangan pernah ada sekelumit terdetik dihati akn keraguaan kita terhadap perancanganNYA. Tulah kata-kata dari seorang sahabat. Usia ukhkwah ini terbina tujuh bulan lebih. Tapi bukan usia yang penting tapi cara dan bagaimana sesebuah ukhwah tu dapat dikekalkan. Ya, ak akui ini mgkn salah satu hikmah yang ak dapat selama berada disini. Bertemu dengan pelbagai jenis dan ragam manusia. Sehingga kadang-kadang terasa diuji dari segala aspek. Sehingga kisah silam juga diungkit kembali. Sehingga segala perkara dan aspek juga dipertikaikan. Tapi tu lah manusia. Ragam manusia. Tapi segala-galanya kembali padaNYA. Kerna ini jalan ak. Perjalanan ak. Onak dan durinya lain dari orang lain. Mungkin ada yg lagi-lagi mencabar dari ak. Mungkin ada yang lagi-lagi mudah perjalanannya dari ak. Tu yang ak mampu fikirkan skang. Cuba menjadi sepositif yang mungkin.  Mujur masih dapat lagi meneruskan perjalanan ini. Cuma langkah agak perlahan buat masa skang. Perlukan masa sedikit. Kerna terjatuh ketika dalam perjalanan ini. Sakit. Dan pedih. Memerlukan sedikit masa untuk berhenti seketika.berehat.







Kadang.kadang perlu kita simpan sahaja.tidak perlu diuraikan . ya tapi tu kadang-kadang. Kerna kita seorang manusia yang punya segala macam rasa dan perlu untuk dikongsi apa yang dirasa. Cuma kadang-kadang kita tidak tahu pe yang patut dan tidak sepatutnya dikongsi. 

p/s: kepada dia mgkn seorng atau sebaliknya yang ak tidak pernah tahu siapa sebenarnya dia. Pesanan ak inilah kehidupan. Ibarat roda. Dan pe yang berlaku ini membuat ak benar-benar tersungkur jatuh. Mujur ada yang menghulurkan tangan membantu ku..


No comments:

Post a Comment